Semakan Keputusan UPU Online Sesi 2022/2023 Lepasan STPM

Semakan Keputusan UPU Online

Sukacita dimaklumkan keputusan permohonan UPU bagi lepasan STPM dan yang setaraf denganya akan diketahui pada 25 September 2022 ini (Ahad). Keputusan itu akan diumumkan oleh KPM agar pelajar yang membuat permohonan sambung belajar melalui UPU dapat diketahui. Pelajar yang telah mengemukakan permohonan secara onlinen UPU boleh mula membuat semakan keputusan UPU online mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh tersebut.

Butiran Semakan Keputusan UPU Online

Tarikh Semakan UPU Dibuka Tarikh Semakan UPU Ditutup
25 September 2022 (12:00PM) 04 Oktober 2022 (5:00PM)
Pautan Link: https://upu.mohe.gov.my/

Pemohon juga boleh memuat naik aplikasi UPUPOcket untuk medium semakan keputusan.

Semua pelajar lepasan STPM dan yang setaraf denganya boleh membuat semakan untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, atau Institut Latihan Kemahiran Awam dalam tempoh tarikh tersebut.

Pelajar yang GAGAL mendapat sebarang tawaran UPU juga boleh mula mengemukakan rayuan mulai 25 September 2022.

BERKAITAN: Semakan Keputusan STPM

Langkah-Langkah Membuat Semakan UPU

Selain melalui pautan https://upu.mohe.gov.my keputusan UPU juga boleh disemak melalui:

  • https://jpt.utm.y
  • https://jpt.uum.edu.my
  • https://jpt.unimas.edu.my
  • https://jpt.ums.edu.my
  • https://jpt.umt.edu.my

Pengesahan setuju TERIMA/TOLAK tawaran bermula pada 26 September 2022 hingga 4 Oktober 2022. Pemohon hendaklah mengikuti arahan UPU selanjutnya dalam proses penerimaan tawaran tersebut. Manakalah pemohon yang gagal dan ingin membuat rayuan, hendaklah dilakukan dalam tempoh 10 hari selepas tarikh keputusan UPU diumumkan.

Butiran Rayuan UPU Secara Online

Tarikh Rayuan Dibuka Tarikh Rayuan Ditutup
25 September 2022 4 Oktober 2022

Rayuan hendaklah dikemukakan di pautan UPU yang disediakan. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Keputusan tawaran UPU adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian di UA adalah tidak dibenarkan.

Sebarang pertanyaa boleh hubungi:

No Tel: 03-88708200

e-mail: upu@mohe.gov.my