Semakan Keputusan UPSR 2018 Online dan SMS

semakan keputusan upsr

Kementerian Pendidikan Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tarikh semakan keputusan UPSR dijangka pada bulan November 2018 ini.

Makluman kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semakan keputusan boleh dibuat melalui aplikasi talian online atau melalui sistem pasanan ringkas (SMS).

Berikut adalah tarikh semakan keputusan UPSR

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
_ November _ November
Pautan Semakan: Semakan Online Keputusan UPSR 2018

Sistem semakan talian online akan diletakkan sekiranya ada pautan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh keputusan UPSR diumum pada 2017

Tarikh Keputusan Keluar: 23 November 2017


Semakan Keputusan UPSR Melalui SMS

taip UPSR>jarak<ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888

Semakan melalui SMS hanya boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi

Tarikh dan Masa Mendapatkan Slip Penuh UPSR

Calon hendaklah merujuk kepada sekolah masing-masing. Slip penuh UPSR boleh diperolehi di sekolah pada tarikh keputusan diumumkan pada jam 10:00 pagi.

Selain slip UPSR, calon juga akan menerima Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Calon hendaklah berpakaian sekolah ketika mengambil slip penuh UPSR.

Calon dinasihatkan agar ditemani bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing semasa mendapatkan slip keputusan UPSR.

Semoga calon UPSR memperoleh keputusan yang cemerlang.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2019
Aplikasi Pangkalan Data Murid

Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan UPSR yang diperolehi boleh membuat permohonan semakan semula kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Borang permohonan boleh diperolehi di Sekolah, JPN atau LP. Borang juga boleh dimuat turun melalui laman lp.moe.gov.my atau klik pada pautan  Download.

Setiap permohonan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan semakan semula hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari keputusan diumumkan. Sila ikuti format permohonan seperti yang dilampirkan dalam borang.

Bagi calon yang memperoleh keputusan cemerlang dan berminat, bolehlah memohon di Sekolah Berasrama Penuh kemasukan Tingkatan 1 bagi sesi Januari 2019. Sila ke pautan di bawah untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenau kemasukan SBP 2019.

Permohonan Kemasukan SBP 2019 Tingkatan 1.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*