Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2018 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

semakan keputusan tawaran mrsm

Majlis Amanah Rakyat (MARA). Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Semakan keputusan tawaran MRSM sesi kemasukan tahun 2018 bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Pelajar lepasan UPSR dan PT3 yang telah mengemukakan permohonan memasuki MRSM boleh membuat semakan tawaran dengan butiran berikut.

Calon yang telah mendaftar untuk program Ulul Albab dan IGCSE hendaklah mengikuti ujian khas yang diberikan. MRSM Program Ulul Albab merupakan program yang menawarkan subjek tambahan seperti pengajian Al-Quran, Bahasa Arab, dan bahasa lain selain subjek teras sedia ada di MRSM.

Manakalah MRSM Program Combridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Calon yang telah mendaftar progran ini dan telah menerima SMS atau e-mail hendaklah login pautan di bawah sebelum 1 Disember.

https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Calon dikehendaki memilih lokasi ujian terlebih dahulu kemudian tarikh dan masa ujian akan terpapar untuk tindakan calon selanjutnya.

Manakalah calon yang telah memilih untuk kemasukan MRSM Bentong dan MRSM Arau dikehendaki untuk menduduki ujian khas. Calon hendaklah login pautan di bawah untuk semakan tarikh dan lokasi ujian khas.

http://online05.mara.gov.my/datamrsm/ujiankhas/tahun.asp

semakan keputusan tawaran mrsm


semakan keputusan tawaran mrsm

Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2018 Tingkatan 1

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
Minggu ke-3 Januari
Klik: Pautan Semakan Tawaran MRSM

Cara membuat semakan keputusan tawaran MRSM melalui SMS:

taip MARA<jarak>MRSM<jarak>ANGKA GILIRAN kemudian hantar SMS ke 15888


semakan keputusan tawaran mrsm

Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2018 Tingkatan 4

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
Minggu ke-3 Januari
Klik: Pautan Semakan Tawaran MRSM

Cara membuat semakan keputusan tawaran MRSM melalui SMS:

taip MARA<jarak>MRSM<jarak>ANGKA GILIRAN kemudian hantar SMS ke 15888

Nota*

  • Info berkenaan tarikh dan pautan (link) semakan adalah tertakluk kepada perubahan semasa. Pihak ADMIN akan membuat semakan dan kemaskini akan dilakukan jika ada maklumat rasmi dikeluarkan.

Keputusan tawaran kepada calon yang berjaya adalah muktamad. Calon tidak boleh memohon perubahan tempat. Pemilihan MRSM adalah atas pertimbangan kedudukan status ekonomi calon.

Calon yang gagal mendapat tawaran berhak membuat rayuan untuk dipertimbangkan semula. Walau bagaimanapun penilaian dibuat berdasarkan merit pelajar dan kekosongan yang ada.

Rayuan boleh dibuat setelah keputusan tawaran diumumkan. Calon hendaklah mengemukakan surat rasmi berserta dokumen sokongan (inisiatif masing-masing) seperti sijil-sijil kegiatan sekolah kepada MRSM.

Rayuan yang dikemukakan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Pelajar peringkat Pengurusan MARA. Calon yang tidak mendapat maklum balas sehingga 30 April 2018 adalah dianggap gagal untuk dipertimbangkan. Walau bagaimanapun calon boleh menghubungi ke talianĀ 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766 sekiranya ingin mendapatkan kepastian berkenaan status rayuan.


Permohonan Kemasukan MRSM 2018 Tingkatan 1
Permohonan Kemasukan MRSM 2018 Tingkatan 4

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*