Keputusan STPM Semakan Online Keluar Pada Febuari 2018

keputusan stpm

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan tarikh keputusan STPM secara rasmi telah jatuh pada 01 Febuari 2018. Semua calon STPM 2016 boleh membuat semakan keputusan bermula 10:00 pagi 01 Feb.  Sehubungan dengan itu pihak admin ingin menyenaraikan beberapa cara yang boleh dilakukan oleh calon STPM 2017 bagi mendapatkan keputusan peperiksaan mereka.

Semakan Keputusan STPM Online Dan SMS

Tarikh Semakan Masa
01 Febuari 2018 Jam 10:00 PAGI
KLIK: Semak Result STPM Online
  1. Semak keputusan melalui talian online
  2. Semak keputusan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  3. Terus berurusan ke sekolah masing-masing

BERKAITAN: Permohonan UPU Online UA/Politeknik/Metro/Kolej Komuniti/ILKA

Daripada maklumat tarikh keluar keputusan STPM yang diumumkan di atas, pihak admin mendapati bahawa pada kebiasaanya Majlis Peperiksaaan Malaysia menetapkan tarikh khusus keputusan dikeluarkan pada bulan Mac setiap tahun. Walaubagaimanapun, tarikh pengumuman keputusan bagi tahun 2018 telah diawalkan. Mana-mana calon yang telah mengambil peperiksaan STPM 2017 boleh membuat semakan keputusan mengikut langkah-langkah yang dihuraikan di bawah;

Semakan Keputusan Melalui Online

Majlis Peperiksaan Malaysia telah menyediakan kaedah semakan keputusan berdasarkan semakan online untuk semua calon STPM. Calon hanya terus ke laman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Kemudian dalam laman tersebut akan tertera akaun seperti gambar di bawah:

Masukkan nombor kad pengenalan calon kemudian tekan ‘HANTAR’. Calon boleh terus mencetak slip keputusan melalui online dengan menekan butang ‘DI SINI’ seperti yang tertera. Untuk makluman, cetakan slip keputusan melalui online berbeza dengan slip yang perlu diambil di sekolah.

Semua calon yang ingin mengakses keputusan melalui talian online dinasihatkan membuat pada waktu tidak puncak. Ini kerana talian online pada tarikh awal keputusan diumumkan akan mengalamai masalah server atas sebab kapasiti pengguna yang tidak mampu ditampung dalam satu-satu masa. Calon boleh membuat semakan pada tengah malam atau hari berikutnya.

semakan keputusan stpm online dan sms

Semakan Keputusan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Satu lagi langkah yang lebih memudahkan calon untuk membuat semakan keputusan STPM adalah melalui SMS. Ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  • Taip STPM (jarak) RESULTP3 (jarak) NO KAD PENGENALAN kemudian hantar ke 15888

Sebagai maklumat tambahan, semua calon yang mengambil peperiksaan STPM 2017 boleh mengambil slip keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh keputusan dikeluarkan. Manakalah calon yang mengambil peperiksaan STPM persendirian boleh mendapatkan SLIP keputusan melalui POS atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negri (JPN) di negeri tempat peperiksaan diambil.

BERKAITAN: Permohonan UPU Ambilan 2018/2019