Semakan Keputusan SPM 16 Jun 2022 Online

semakan keputusan spm

Sukacita dimaklumkan keputusan SPM bagi ambilan tahun 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022 ini. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan SPM bagi calon 2021 boleh disemak mulai jam 10 pagi 16 Jun 2022. Calon boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing manakalah calon persendirian slip keputusan itu akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama. Berikut adalah butiran semakan keputusan SPM.

Sebagai makluman, kini pelajar boleh membuat semakan keputusan SPM secara online dan SMS. Walau bagaimana pun, slip keputusan penuh wajib dituntut di kaunter Pejabat AM sekolah masing-masing dengan berpakaian uniform yang lengkap dan kemas.

MENARIK: Permohonan Guru IPG (PISMP) 2022

Tarikh Semakan Keputusan SPM Ambilan 2021

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
16 Jun 2022 (10:00 AM) 24 Jun 2022 (6:00 PM)
Klik Pautan: myresultspm.moe.gov.my

Paparan skrin akan menghendaki calon memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran. Pastikan angka giliran calon diisi dengan tepat. Angka giliran boleh dirujuk di slip peperiksaan semasa SPM. Sekiranya slip tersebut hilang, anda boleh dapatkan semula di pejabat AM sekolah masing-masing.

BERKAITAN: Permohonan Guru IPG (PISMP) 2022

Cara Membuat Semakan Keputusan SPM Secara SMS

Selain semakan keputusan SPM secara online, terdapat dua lagi cara yang pelajar boleh gunakan untuk membuat semakan keputusan SPM iaitu melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan melalui kaunter di sekolah masing-masing.

  • Taip SPM>jarak<nombor kad pengenalan>jarak<angka giliran kemudian hantar ke 15888. Setiap SMS akan di caj sebanyak 20 sen sahaja.
  • Sekiranya ingin lebih selamat dan kepastian, pelajar boleh hadir sahaja ke kaunter pejabat am di sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan SPM. Pelajar hanya perlu berikan nama, nombor kad pengenalan dan angka giliran, kemudian tanda tangan ke senarai penerimaan slip.

Keputusan Penuh SPM Jun 2022

Calon yang mengambil slip keputusan penuh SPM di sekolah dikehendaki berpakaian seragam sekolah dengan kemas selepas Jam 10:00 PAGI pada tarikh keputusan diumumkan.

Manakalah calon yang mengambil peperiksaan SPM secara persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau terus berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar peperiksaan SPM.


Bagi para pelajar yang ingin membuat permohonan ke peringkat pendidikan seterusnya, pelajar boleh membuat permohonan-permohonan kemasukan yang telah dibuka sejurus keputusan SPM keluar.

Senarai Permohonan Yang Telah Dibuka:

  1. Permohonan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG)
  2. Permohonan Matrikulasi KPM Seluruh Negara

Para pelajar yang membuat permohonan secara online dikehendaki memberikan maklumat yang betul mengikut dokumen masing-masing.

Kegagalan pelajar memberikan maklumat permohonan dalam sistem aplikasi online boleh menyebabkan permohonan ditolak.

2 Comments

Comments are closed.