Semakan Keputusan Rayuan UPU Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2017/2018

semakan keputusan rayuan permohonan upu

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan rayuan UPU untuk lepasan SPM setaraf bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA telah dibuka.

Pelajar yang telah membuat permohonan bagi rayuan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pada 15 hingga 21 Mei 2017 yang lepas boleh membuat semakan serta merta.

Permohonan rayuan UPU bagi lepasan SPM dibuka setelah sesi pertama kemasukan dibuat dan tawaran adalah berdasarkan kekosongan mengikut kategori yang dipohon.


Butiran Semakan Keputusan Rayuan UPU Lepasan SPM Sesi Akademik 2017/2018

Tarikh semakan dibuka: 12 Jun 2017 (12:00 tengah hari)

Tarik semakan ditutup: –

Pautan pantas online: Sistem Aplikasi Online Semakan Rayuan UPU 2017/2018


Butiran Semakan Melalui SMS

Untuk UA/Politeknik Premier

Cara membuat semakan: taip<UPU>jarak<RESULT>jarak<No.Kad Pengenalan>hantar ke 15888

Untuk Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti/ILKA (TVET)

Cara membuat semakan: taip<UPU>TVET<No.Kad Pengenalan>hantar ke 15888


Semoga permohonan rayuan anda berjaya.