Semakan Keputusan Permohonan Kolej Vokasional Dan SM Teknik 2018

semakan keputusan permohonan kolej vokasional

Sukacita dimaklumkan, calon-calon yang telah membuat permohonan kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh membuat semakan mulai ketetapan yang diberikan. Semakan keputusan permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik kemasukan 2018 boleh dibuat melalui butiran seperti berikut:

Semakan Keputusan Permohonan Kolej Vokasional 2018

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
15 Januari 2018 22 Januari 2018
Semakan Online Tawaran Kolej Vokasional 2018

Semakan Keputusan Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2018

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
15 Januari 2018 22 Januari 2018
Semakan Online Tawaran SM Teknik 2018

Calon-calon boleh membuat semakan pada tarikh yang dinyatakan. Pautan semakan yang diberikan akan diaktifkan pada tarikh semakan dibuka sahaja. Butiran semakan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Perkhidmatan semakan melalui sistem pesanan ringkas SMS tidak disediakan dalam semakan ini. Walau bagaimana pun, ADMIN akan letakkan sekiranya perkhidmatan ini telah disediakan kelak.

Calon-calon yang berjaya mendapat tawaran memasuki Kolej Vokasional dan SM Teknik 2018 adalah dikehendaki untuk mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan. Kesemua lampiran perlu diisi dan diserakan kepada pihak Kolej Vokasional atau SM Teknik pada hari pendaftaran.

Tindakan Calon Yang Mendapat Tawaran KV Dan SM Teknik 2018

  1. Mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
  2. Mengisi dengan lengkap lampiran yang telah dicetak
  3. Menyerahkan dokumen (surat tawaran dan lampiran) semasa hari pendaftaran

Calon-calon yang tidak berjaya mendapatkan tawaran memasuki Kolej Vokasional dan SM Teknik masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan. Proses rayuan akan dibukan pada tarikh dan ketetapan berikut:

Permohonan Rayuan Kolej Vokasioan dan SM Teknik 2018

  • Aliran Perdana
Tarikh Rayuan Dibuka Tarikh Rayuan Ditutup
24 Januari 2018 28 Febuari 2018
Klik: Cara Membuat Permohonan Rayuan
  • Aliran PAV
Tarikh Rayuan Dibuka Tarikh Rayuan Ditutup
13 Febuari 2018 28 Febuari 2018
Klik: Cara Membuat Permohonan Rayuan

Pautan rasmi untuk permohonan rayuan akan diletakkan selepas keputusan tawaran diumumkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*