Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Prasekolah Sesi 2019

semakan keputusan pendaftaran murid prasekolah

Sukacita dimaklumkan kepada ibu bapa, dan penjaga bahawa semakan keputusan pendaftaran murid prasekolah bagi sesi kemasukan tahun 2019 boleh dibuat mengikut jadual yang diberikan di bawah.

Ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan sama ada melalui online ataupun secara manual. Rayuan pendaftaran juga boleh dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Prasekolah Melalui Online Sesi 2018

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
05 Ogos 2018 20 Ogos 2018
Pautan: Semakan Online Pendaftaran Prasekolah

Ibu bapa atau penjaga hanya perlu login melalui pautan yang diberikan di atas dengan menggunakan No.Mykad atau ID Pengguna seperti yang digunakan semasa membuat pendaftaran sebelum ini.

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Prasekolah Secara Manual Sesi 2018

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
05 Ogos 2018 -Belum Ada Tarikh Tutup-

Bagi ibu bapa dan penjaga yang telah membuat permohonan pendaftaran murid prasekolah melalui cara manual, iaitu datang mendaftar di sekolah, semakan boleh dibuat dengan merujuk pihak sekolah yang dipohon.

Rayuan Pendaftaran Murid Prasekolah Sesi 2018

Tarikh Rayuan Dibuka Tarikh Rayuan Ditutup
05 Ogos 2018 20 Ogos 2018

Bagi ibu bapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran prasekolah secara online tetapi tidak berjaya mendapat tawaran, rayuan boleh dibuat pada tarikh yang dinyatakan di atas.

Manakalah rayuan pendaftaran secara manual, ibu bapa atau penjaga boleh memohon di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Semakan Rayuan Pendaftaran Murid Prasekolah Sesi 2018

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
_ September 2018
Pautan: Semakan Rayuan Prasekolah

Semakan rayuan yang mendaftar secara menual juga boleh dibuat pada tarikh yang sama di tempat ibu bapa atau penjaga membuat pendaftaran. Rayuan hanya boleh dikemukakan setelah keputusan secara online telah dibuka.

Semoga urusan ibu bapa dan penjaga dipermudahkan untuk mendaftarkan anak-anak ke sekolah.

Semua maklumat di atas adalah rangkuman info daripada KPM dan e-prasekolah dan kemaskini maklumat adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

1 Comment

  1. Mohd zambri bin mohd zainal
    at

    1211 lorong 44 taman ria

Comments are closed.