Semakan Keputusan e-UKCG Pengambilan Khas Guru DG41 2021

Keputusan UKCG
Kredit Gambar: cikguhailmi.com

Pengambilan khas Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), telah dibuka mulai 27 September dan ditutup pada 10 Oktober 2021. Calon yang telah membuat permohonan dan telah mengikuti Ujian Kelayakan Calon Guru secara online (e-UKCG) pada tarikh 11 hingga 16 Oktober akan mengetahui keputusan sama ada berjaya dipanggil temu duga atau tidak pada 28 Oktober 2021. Ikuti butiran semakan keputusan e-UKCG seperti berikut.

Permohonan Pengambilan Khas Guru 2021

Semakan Keputusan e-UKCG

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
28 Oktober 2021 01 November 2021
 Klik Pautan: https://mypdpp.moe.gov.my/

Calon yang telah lulus dalam UKCG dan melepasi syarat bidang sahaja yang akan dipanggil untuk temuda. Butiran temuduga akan diberikan kepada calon yang telah lulus. Tarikh temuduga akan dibuat pada 1 November hingga 14 November 2021 secara atas talian. Manakalah calon akan ditemuduga mengikut bidang yang layak oleh panel yang telah dilantik.

Semakan Keputusan e-UKCG 2021

Pelbagai kekosongan bidang perguruan telah dibuka kepada calon yang tiada iktisas bagi mengisi keperluan yang mendesak. Kerajaan telah membuat pengumuman pengambilan khas sebagai salah satu langkah segera untuk mengisi kekosongan. Iklan Pengambilan telah dipaparkan agar calon dapat memahami syarat dan langkah-langkah pendaftaran dan mengisi borang yang disediakan.