Semakan Kemasukan Duit KWSP RM10000

Semakan Pembayaran Duit KWSP

Info semakan kemasukan duit KWSP akan mula dikeluarkan pada 18 April 2022. Ahli yang telah membuat permohonan pengeluaran khas boleh membuat semakan mulai hari ini. Maklumat itu telah dipaparkan secara  melalui laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Ia turut diumum oleh YAB Ismail Sabri, Perdana Menteri berikutan persetujuan kerajaan menunaikan janji bagi membantu mengurangkan beban rakyat.

Pengeluaran khas ini merupakan susulan daripada program sebelum ini seperti i-Citra dan i-Sinar yang mana ia bertujuan untuk membantu mempermudahkan ahli mengeluarkan wang mereka tanpa melalui sebarang syarat. Program ini juga bertujuan untuk membantu ahli yang terkesan akibat pandemik Covid19 yang kehilangan punca pendapatan serta perniagaan yang terjejas.

Semakan Kemasukan Duit KWSP

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
18 April 2022
Pautan: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Semakan sama ada permohonan berjaya atau sebaliknya boleh dibuat melalui pautan yang diberikan di atas. Ahli yang layak boleh mengeluarkan sebanyak RM50 hingga RM1000 dengan memastikan amaun baki sekurangnya RM100 dalam akaun.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10000

Bagi mereka yang masih belum membuat permohonan, sukacita dimaklumkan permohonan untuk pengeluaran ini masih dibuka sehingga 30 April 2022. Info permohonan boleh diikuti melalui MohonRM10000 hanya secara online. Ahli hendaklah membaca keteranga terlebih dahulu sebelum memulakan proses permohonan. Hal ini bagi memastikan maklumat dapat diisi dengan lengkap dan menghindari kesilapan teknikan yang akan dihadapi oleh ahli kelak.