Semakan BSH Bujang RM300 Secara Online 2020

semakan bsh

Menteri Kewangan talah mengumumkan BSH bagi kategori bujang akan diberikan semula pada awal tahun 2020 dengan jumlah permulaan sebanyak RM300. Sehubungan dengan itu, semakan BSH akan dibuka secara online mengikut butiran berikut.

Sehubungan dengan itu, pemohon kategori bujang tidak perlu membuat kemaskini maklumat kerana pautan dalam laman BSH belum disediakan. Pemohon bujang yang layak pada tahun 2019 secara langsung akan menerima BSH Bujang RM300 pada awal tahun 2020.

Sekiranya pautan kemaskini BSH Bujang telah dibuka, anda boleh mendapatkan maklumat terperinci di laman ini: Permohonan dan Kemaskini BSH Bujang

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
 –

Pautan Semakan: https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx

Senarai penerima BSH bagi kategori bujan dijangka seramai 3 juta dengan peruntukan melibatkan sebanyak RM300 juta. Senarai penerima akan diberikan berdasarkan maklumat pangkalan data BSH tahun 2019. Ini bermakna, kategori bujang yang telah menerima BR1M pada tahun 2019 secara langsung akan layak menerima BSH bujang Mac 2020 ini.

Kriteria Penerima BSH Bujang

  1. Belum berkahwin
  2. Sudah berkerja tetapi berpendapatan rendah
  3. Bujang berumur 40 tahun ke atas dengan pendapatan RM2000 ke bawah sebulan.
  4. Orang Kurang Upayah

Bantuan BSH bagi kategori bujang telah diumum setelah mendapat saranan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ia bagi membantu golongan tersebut di kala situasi kesempitan hidup yang mencabar.

Klik: Permohonan Dan Kemaskini BSH Online 2020

Orang ramai yang mempunya pertanyaan berhubung BSH boleh menghubungi talian bebas tol, 1-800-88-2747 atau email kepada bsh@treasury.gov.my

1 Comment

  1. THANALETCHUMY A/P PERIATHOWSUKANOO
    at

    how to apply this??

Comments are closed.