Semakan BPN Pakej Ransangan Ekonomi Bantuan Covid-19

semakan bpn bantuan covid-19

Bantuan Prihatin Nasional diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghadapi kesan penularan Covid-19 dalam negara. Penduduk yang terjejas seperti golongan B40, M40, Usahawan IKS, Golongan Bujang dan pekerja barisan hadapan seperti Doktor, PDRM, RELA, Jururawat dan Imigresen akan diberikan bantuan. Semakan BPN boleh dibuat melalui langkah berikut.

Semakan BPN Pakej Ransangan Ekonomi Bantuan Covid-19

Tarikh Mula Semakan Pautan
1 April 2020 https://bpn.hasil.gov.my/

Terdapat empat status yang akan dipaparkan kepada pemohon iaitu sama ada Lulus, Tidak Lulus, Tiada Rekod dan Tidak Layak.

  1. LULUS
  2. TIDAK LULUS
  3. TIADA REKOD
  4. TIDAK LAYAK

Status TIDAK LULUS Boleh Buat Rayuan

Sekiranya pemohon mendapati semakan BPN TIDAK LULUS, pemohon boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.

Tarikh Rayuan Pautan
3 April 2020 https://bpn.hasil.gov.my/
  1. Pemohon perlu mendaftarkan ID terlebih dahulu sekiranya belum mempunyai ID dalam pautan melalui butang Daftar Akaun.
  2. Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan berdasarkan borang yang didaftarkan sebelum ini.
  3. Kemudian pemohon perlu membuat Kata Kunci Keselamatan dan memilih lima (5) pilihan soalan FRASA KESELAMATAN.
  4. Setelah selesai mendaftar akaun, pemohon perlu Login menggunakan kata laluan yang didaftarkan kemudian melakukan rayuan permohonan BPN.
  5. Login sekali lagi ke Borang Permohonan Rayuan menggunakan kata laluan dan ID yang didaftarkan.
  6. Borang akan dipaparkan kemudian kemaskini maklumat dengan tepat dan lengkap. Klik butang HANTAR setelah selesai mengemaskini maklumat.

BERKAITAN: Semakan Dan Kemaskini BSH 2020


Status TIADA REKOD Boleh Membuat Permohonan Baru

Sekiranya pemohon mendapatai Semakan BPN, TIADA REKOD maka pemohon boleh membuat permohonan baru melalui pautan BPN dan klik butang Permohonan Baru.

Tarikh Permohonan Dibuka Pautan
1 April 2020 – 30 April 2020 https://bpn.hasil.gov.my/
  1. Permohonan yang Tiada Rekod boleh membuat Permohonan di Butang Permohonan Baru.
  2. Isikan Maklumat Pemohon dengan tepat dan lengkap berserta Maklumat pasangan (jika berkahwin) dan maklumat waris diruangan yang disediakan.
  3. Klik pada butang Teruskan untuk ke laman pengesahan.
  4. Akuan Pengesahan pemilik pemohon hendaklah di Tick, menandakan pemohon adalah bersetuju dengan Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
  5. Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon boleh untuk mendaftar pemohon diberi pilihan untukmendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak.
  6. Pemohon yang ingin mendaftar Akaun dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan Memilih 5 (Lima) pilihan soalan keselamatan. Format kata kunci keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan.
  7. Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat semakan borang permohonan yang didaftarkan.

BERKAITAN: Permohonan BSH Bujang 2020


Semua penerima BPN akan mendapat SMS daripada 62000 atau 63833 sahaja. Penerima juga akan mendapat e-mail daripada no_reply@hasil.gov.my sahaja.

Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi:

Kementerian Kewangan

03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 4565 / 03-8882 9191 / 03-8882 4566 pada 9:00 am hingga 5:00 pm bermula 20 Mac 2020

LHDNM

1-800 882 747 / 03-8911 1000 pada 9:00 am hingga 5:00 pm Ahad hingga Jumaat bermula 30 Mac 2020

1 Comment

  1. Any link for me to apply online for BSH as I have check there is no record when I try to sign in

Comments are closed.