
Bagi suri rumah yang telah membuat permohonan i-Suri KWSP sebelum ini, maklumat peribadi hendaklah sentiasa dikemaskini sekiranya berlaku perubahan dokumen semasa. Ini bagi memastikan pihak KWSP tidak menyingkirkan nama pemohon di masa mendatang. Kemaskini maklumat peribadi adalah penting bagi memastikan tiada pertindihan tuntutan atau penyingkiran berlaku. Manakalah pemohon yang telah berjaya mendaftar pula, anda boleh membuat semakan bantuan i-Suri KWSP bagi tahun 2021 seperti berikut.
Faedah Yang Akan Dinikmati Pemohon i-Suri
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 setahun
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Bantuan kematian RM2500
- Menerima deviden tahunan KWSP
Cara Semakan Bantuan i-Suri KWSP
LogIn i-Akaun KWSP |
- Pemohon hanya perlu log masuk ke akaun ahli KWSP bagi membuat semakan online. Pemohon yang belum membuat pendaftaran boleh ikuti panduan pendaftaran i-Akaun KWSP.
- Setelah berjaya log masuk, butiran akaun pemohon akan dipaparkan.
Cara Pembayaran i-Suri KWSP
Kerajaan akan terus menyalurkan sumbangan kepada pencarum i-Suri ke dalam akaun KWSP yang telah didaftarkan. Pemohon boleh membuat semakan terus ke akaun ahli KWSP secara online.
Sekiranya pencarum i-Suri ingin menambah caruman secara sukarela, pencarum boleh membuat melalui senarai berikut;
Online Banking | Kaunter Ejen Bank | Ejen Bank Berdaftar | Kaunter KWSP |
Maybank | BSN | Ejen Bank BSN | Tunai Maksimum RM500 di semua kaunter KWSP seluruh negara |
Public Bank | |||
RHB Bank | |||
Bank Muamalat | Maybank | ||
CIMB Bank | |||
Bank Islam | Public Bank | ||
KFH | |||
Hong Leong Bank |
Pencarum hanya boleh membuat caruman di kaunter ejen bank hanya dengan cara tunai atau cek sahaja.
Semak Bantuan RM300 Negeri Sabah