
Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim telah membuat penjenamaan semula Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Menariknya, pembayaran berfasa STR ini telah diawalkan selepas mengambil kira keperluan rakyat khasnya B40 menjelang perayaan Tahun Baharu Cina. Semak pembayaran STR anda melalui butiran yang dikongsikan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat semakan status BTR 2023 (STR).
Pembayaran di atas melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.67 bilion kepada 8.7 juta penerima dalam Malaysia.
Cara Semak Pembayaran STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Klik pautan di atas untuk memulakan proses semakan terus melalui laman rasmi kerajaan yang telah menyimpan data penerima. Data penerima berdasarkan kemaskini maklumat daripada BKM sebelum ini.
Masukkan nombor kad pengenalan anda kemudian masukkan kata kunci (password) seperti yang telah didaftarkan semasa memohon BKM.
Selepas mengikuti semua langkah yang diberikan, skrin akan memaparkan status pembayaran STR anda seperti di atas. Ini adalah contoh maklumat terkini yang diberikan kepada anda.
Tarikh Bayaran STR 2023
Tarikh Semakan Dibuka | Tarikh Pembayaran STR Fasa 1 |
17 Januari 2023 | 17 Januari 2023 |
Pautan Semakan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Tarikh pembayaran STR fasa 1 adalah seperti berikut
- Ada Akaun – Bayaran mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
- Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
- Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif-inisiatif kerajaan sebelum yang diteruskan pada hari ini. Dalam pada itu, kerajaan hari ini juga mengumumkan bahawa semua bentuk inisiatif ini diletakkan dibawah konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Ini berikutan pendekatan kerajaan yang menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Semoga bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban kepada golongan penerima yang kurang berkemampuan. Dengan bantuan ini, berbelanjalah dengan berhemah dan berpatutan. Elakkan pembaziran dalam berbelanja kerana siatuasi ekonomi negara masih tidak menentu akibat kesan pandemik Covid19 yang lalu.