Semak Kemasukan Duit BR1M 2017

semak kemasukan duit br1m

Sukacita dimaklumkan kepada pemohon yang layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M bagi tahun 2017, anda boleh semak kemasukan duit BR1M mengikut fasa seperti dalam jadual di bawah:

Maklumat Perbandingan Jumlah BR1M

KategoriJumlah Bayaran
Individu BujangRM450
Pendapatan RM3000-RM4000RM900
Pendapatan Bawah RM3000RM1200
E-KasihRM1200

Perbandingan

KategoriBR1M 2016BR1M 2017
Individu BujangRM400RM450
Pendapatan RM3000-RM4000RM800RM900
Pendapatan Bawah RM3000RM1000RM1200
E-KasihRM1050RM1200

INFO BERKAITAN: Sebab Duit BR1M Lambat Masuk Akaun


Tarikh Bayaran BR1M 2017 Dimasukkan

Kategori Isi Rumah 1

  • Jumlah BR1M RM1200
  • Pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
RM 400 RM 400 RM 400
18 Feb 2017 5 Jun 2017 16 Ogos 2017
Aplikasi Semakan Online: Semakan Kemasukan Duit BR1M 2017

 

Kategori Isi Rumah 2

  • Jumlah BR1M RM900
  • Pendapatan kasar bulanan RM3001 hingga RM4000
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
RM 300 RM 300 RM 300
18 Feb 2017 5 Jun 2017 16 Ogos 2017
Aplikasi Semakan Online: Semakan Kemasukan Duit BR1M 2017

 

Kategori E-Kasih

  • Jumlah BR1M RM1200
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
RM 400 RM 400 RM 400
18 Feb 2017 5 Jun 2017 16 Ogos 2017
Aplikasi Semakan Online: Semakan Kemasukan Duit BR1M 2017

Kategori Inidividu Bujang

  • Jumlah BR1M RM450
  • Pendapatan kasar bulanan RM2000 ke bawah
Tarikh Bayaran BR1M 2017
18 Febuari 2017
Aplikasi Semakan Online: Semakan Kemasukan Duit BR1M 2017

*Sebarang perubahan infromasi tertakluk kepada pemakluman rasmi kementerian dan akan dikemaskini dalam laman ini. Pihak admin menghargai kesetiaan pengunjung ke laman ini.


Info Tambahan Mengenai Cara Semak Kemasukan Duit BR1M:

Di sini beberapa langkah yang pemohon harus lakukan untuk membuat semakan kemasukan duit BR1M 2017.

  1. Menerusi  semakan status 2017. Anda akan melihat paparan pada skrin seperti dalam gambar di bawah.semak kemasukan duit br1m
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda. Pastikan anda telah membuat permohonan dan kemaskini maklumat sebelum ini yang telah ditutup pada 31 Disember 2016. Setelah memasukkan nombor kad pengenalan, klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN. Kemudian anda akan menerima dua (2) soalan berdasarkan maklumat yang diisikan dalam borang online seperti nombor poskod, email, dan daerah.
  3. Selepas itu, anda akan memasuki paparan skrin seperti di bawah. Paparan di bawah adalah bagi mereka yang LULUS. Cetak maklumat sebagai bukti permohonan anda telah diluluskan:semak kemasukan duit br1m
  4. Selain itu, terdapat hanya dua kemungkinan yang akan diterima oleh pemohon iaitu dalam proses atau ditolak. Sekiranya anda mendapat status dalam proses, ertinya anda mungkin layak tetapi permohonan anda belum sampai ke pihak yang membuat semakan. Namun sekiranya anda mendapat status ditolak/gagal, maka anda harus ke LHDN yang terdekat dengan segera untuk membuat rujukan agar mengetahui sebab permohonan anda ditolak.
  5. Kebiasaanya pemohon lulus pada tahun lepas turut akan lulus pada tahun berikutnya. Melainkan pemohon telah berubah pendapatanya kepada pendapatan yang tidak melayakkanya untuk memohon BR1M atau pemohon menghadapai perubahan dokumentasi seperti bujang kepada sudah berkahwin dan sebagainya.
  6. Cara untuk membuat rayuan akan diterangkan di laman ini sekiranya pihak LHDN atau BR1M telah membuat kemaskini proses rayuan terbaru. Pastikan anda telah semak kemasukan duit BR1M 2017 agar dapat melakukan tindakan segera.

Pautan Pantas BR1M

Sekiranya ada pemohon yang masih belum mendapat BR1M seperti tarikh yang ditetapkan di atas, pemohon boleh terus menghubungi talian rasmi e-BR1M di bawah:

Hotline BR1M MOF: 03-8882 4565 atau 03-8882 4566

Hotline BR1M LHDN: 1-800-88-2716

E-Mail: brim@treasury.gov.my

Faksimili BR1M MOF: 03-8882 3933

Sekreteriat BR1M: Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

31 Comments

  1. roslinda binti shamsudin
    at

    Sampai ke harini brim FASA ketiga (rayuan) belum masuk bank…FASA 1&2 dh dpt tp yg last blum dpt…

  2. MUHAMMAD IDWAN HELMIE
    at

    Assalamualaikum….nak tanya knp status brim 2017 sye skrg bertukar menjadi rm450..??
    Sepatutnya status brim 2017 sye rm1200…
    Masealah sekarang nie duit masuk dalam akaun bank sye hanya fasa 1 dibayar rm450…pada bulan januari 2017….
    Fasa 2 dan fasa 3 duit tak masuk pon dalam akaun bank sye…. Sekarang nie sye nak tahu ape masalahnya????

  3. Assalam n selamat pagi semua…sy tadi pergi LHDN cek berkenaan brim yg ke 3 alhamdulillah dapat sudah hanya bagi ic shj.kepada anda semua jangan terlalu marah benar kata rendy pergi LHDN dapatkn kepastian di sna in shaa allah temui jawapan,sekiranya ada yang xdapat lagi pertengahan bulan 10 datang ke LHDN rujuk kembali mudah2an…

  4. kenapa bos saya gaji Rm10k dapat brim,saya gaji Rm3k xdpat..

  5. Noorazlinda binti mahmud
    at

    Knapa brim fasa 3 yg rayuan belum masuk lagi?
    Kata 29hb.ogos.tpi tak ada apa2 pn.

    • Azam fauzi bin che nik
      at

      Ya, saya pun begitu juga. Dah jemu dh beratur kat ATM tu. Berharap-harap kami ni, bg kami kalau tak diberi tarikh tak mengapa tapi ini seperti kami dimain-mainkan sahaja. Cuba bayangkan dh la beratur panjang akhirnya. Tolong lah jangan menyusahkan orang susah seperti kami ni. Segala kesusahan terpaksa kami hadapi sehari-hari ditambah pula dengan ini. Tolong fahami kami dan jangan menpermainkan kami, kami bkn rohinya yg jauh disana, kami ni anak dibuaian tuan. Merdeka kah kami ni?.

    • kalau tak bagi surat lulus rm1200 tak apa..ni pasa pertama 400 kedua 300 ketiga hampeh sekarang dah 29/09/2017 belom dapat lagi…mana rm 500 lagi dah nak masuk tahun baru 2018…sedangkan pembayaran yang tertera di jadual pertama 400 kedua 400 ketiga 400… tapi saya baru dapat 700 …mana lagi rm500 macam ada orang makan je duit tu

  6. Smela.Sy pye pn xmsuk lg utk fasa ketiga.Takkan yg rayuan pye mmg byar lwat ?Padahal mse isi borg sume da update kot.

  7. Nak tahu kenapa brim bayaran ke3 tak masuk masuk sekarang dah 6/9/17 , semalam pergi ke LHDN teluk intan pegawai cakap ikut kepada dorang bila nak bayar , apa yang perlu dilakukan lagi sila jelaskan, jangan la buat orang ternanti nanti.

  8. Hassan Abdul Majid
    at

    Sampai hari ni 6hb Sept 2017 da letih nak gi check kat akaun tak masuk2 jugak…. Takapa la tunggu la nanti pilihan raya aku orang pertama yg tak akan mengundi atau rosak kan keras undi… Janji ditepati rakyat diutamakan… Ya ka ni…..

  9. VANITHADEVI KRISHNAN
    at

    saya ingin tahu untuk kes rayuan kata BRIM DIKREDIT PADA 29/08/2017
    TAPI SAMPAI SAYA CHECK TIADA

  10. Brim fasa 3 rayuan msih blum sy trima.. Aritu ckp 29bh tpi smpai ke Hari ni 6hb dh pun brulang kali sy p bank masih xmsuk…janji mesti d tepati

  11. Shaharuddin bin ahmad
    at

    Bayaran Kali Ke 3
    Sampai hari ini 5 Sep, 2017 saya belom terima sedang penerima lain sudah terima
    Bila saya akan terima

  12. Nk tahu bila tarikh bayaran rayuan fasa 3?

  13. Brim saya sampai sekarang x dapat dari awal sampai yg last,alasan pertama maklumat pasagan prlukn pengesahan..buat rayuan..x llus jugk alasan ke 2 status perkawinan perlu pengesahan knape blh jd mcm tu sdang kn 3 thu berturut2 saya dapat..ada yg blh jlas kn x..? Insan bingung.

    • buat pemeriksaan status dan sebab-sebab tidak dapat di pejabat LHDN terdekat.

  14. Nak cek brim 2017 sdh masuk ka belum,itu saja ok

  15. Kalau ye pun hormatla PM kita jangan tanya Najib Razak ingat kawan hang ke?

    • Sabar2 ..agak2 lah soalan nak tnya tu..hormat PM Kite..

  16. kenapa brim fasa 2 tidak masok sampai hari ini?

  17. Johari bin jajuli
    at

    Brim fasa ke 2 belum dapat lagi

    • vellanganni a/p ratnam
      at

      brim fasa 3 ..blm dapat lagi.
      pls reply.yq

    • vellanganni a/p ratnam
      at

      brim fasa 3 blm dapat..
      pls rply..
      tq

Leave a Reply to hanif naufal Cancel reply

Your email address will not be published.


*