Semak Kelayakan Subsidi Petrol (PSP) Penerima BSH 2020

semakan kelayakan subsidi petrol

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan akan melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) mulai Januari 2020. Pelaksanaan itu serentak dengan polisi kerajaan mengambalikan sistem apungan harga petrol di seluruh negara kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan. Sehubungan dengan itu, kementerian mengumumkan hanya penerima BSH sahaja akan menerima subsidi berkenaan. Semak kelayakan subsidi petrol anda melalui butiran berikut.

Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Tahun 2020

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima BSH tahun 2020
  3. Kereta enjin berkapasiti 1.6l ke bawah atau 1.6l yang berumur 10 tahun ke atas
  4. Motosikan enjin berkapasiti 150cc ke bawah atau 150cc yang berumur 7 tahun ke atas
  5. Penerima BSH di Semenanjung sahaja
  6. Sabah, Sarawak & Labuan dikecualikan kerana kerajaan masih menanggung subsidi petrol RON95

Semak Kelayakan Subsidi Petrol (PSP)

Tarikh Semakan Dibuka 15 Oktober 2019
https://psp.kpdnhep.gov.my/

Kadar Kelayakan Subsidi Mengikut Kenderaan

Penerima subsidi yang layak akan diberikan sebanyak RM30 setiap bulan bagi kereta dan RM12 setiap bulan bagi motosikal. Pemberian subsidi ini akan dikreditkan terus ke akaun penerima dengan tempoh empat (4) bulan sekali.

Semoga polisi ini lebih menyasar kepada golongan yang memerlukan khasnya B40 dalam negara.

Semakan BSH Tahun 2020

2 Comments

  1. Aiyub bin zainuddin
    at

    Kenapa sy check dlm psp petrol nama sy xlulus alasan bukan penerima bsh.. tpi sy penerima BSH uma dlm rayuan bsh baru sy dpt. Tlg beri jawapan

  2. program subsidi petrol,ingin mengetahui status psp

Comments are closed.