
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350. Katanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Mereka boleh semak bayaran bonus kakitangan awam mulai 17 Januari 2023.
Berkaitan: Pengeluaran KWSP 2023
Butiran Cara Semak Bonus Kakitangan Awam 2023
Tarikh Bayaran Bonus | Tempat Semak |
17 Januari 2023 | Akaun Bank / Slip Gaji |
“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023. Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.
Bayaran Bonus Ini Layak Diberikan Kepada
- Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 Januari 2023.
- Pegawai Lantikan Tetap, Sementara dan Contract of Service (CoF)
- Pegawai yang bercuti yang bergaji penuh
- Pegawai yang bercuti separuh gaji
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraanya.
- Pegawai lantikan MySTEP yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan pada tahun 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Januari 2023.
- Guru Interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatanya.
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran dan hakim dan pesurujaya kehakiman
Bayaran Bonus Tidak Layak Kepada
- Pegawai pengurusan tertinggi termasuk pegawai yang memangku dan dipinjam
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib pada 1 Jan hingga 17 Jan 2023
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam pada 1 Jan hingga 17 Jan 2023
- Pegawai yang meletak jawatan pada 1 Jan hingga 17 Jan 2023
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanun yang diasingkan saraan
- Pegawai yang ditahan kerja, atau digantung hanya layak sekiranya dilepaskan daripada pertuduhan kemudian.
Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Semak Bayaran Bonus Penjawat Awam
Emel pertanyaan:
JPA : bkk@jpa.gov.my
JHEV ATM : pencen.jhev@mod.gov.my