Sekalung Tahniah Buat Faiz Subri Yang Memenangi Anugerah FIFA Fuskas

sekalung tahniah buat faiz subri

Buat julung kalinya Malaysia telah melahirkan seorang pemain yang telah berjaya menjuarai anugerah FIFA Fuskas bertaraf dunia itu. Sekalung tahniah buat Faiz Subri yang berjaya memenangi anugerah terhebat itu. Anugerah yang dinilai berdasarkan rekod tahun 2016 itu sekaligus melonjakkan lagi nama negara ke persada antarabangsa dalam arena bola sepak negara.

Faiz Subri telah mencatatkan rekod dunia dengan menghasilkan sepakan paling melencong yang berjaya menandingi sepakan pemain terkemuka lain dalam acara itu. Anugerah FIFA Fuskan merupakan tempat terhimpunya para pemain terhebat dunia dan kini Malaysia melakar sejarah kerana memiliki anak watan yang mencatat rekod dunia atas jaringanya yang paling ajaib tahun 2016.

BERKAITAN: Datuk Seri Vida Berang Tajaanya Pada Kelantan Merugikan

Faiz Subri merupakan pemain tengah Penang FA, berumur 29 tahun dan mempunyai ketinggin 5 kaki 2 inci. Anugerah yang dimenangi Faiz itu telah mendapat liputan meluas seluruh media sukan dunia. BBC, ESPN dan SPORT turut menyiarkan kemenangan yang tidak akan dilupakan sejarah tanah air. Ucapan tahniah daripada pemain-pemain terkemuka lain seperti Christiano Ronaldo, pemain-pemain legenda dan sebagainya turut diberikan kepada Faiz Subri.

Terdahulu, Faiz Subri telah menghasilkan gol melalui sepakan percuma ke gawang pasukan Pahang dalam siri Liga Super pada tahun 2016.