
Feri merupakan salah satu pengangkutan yang sentiasa menjadi pilihan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan. Meskipun telah banyak pilihan jenis pengangkutan lain, namun feri mempunyai kelebihanya sendiri untuk pengangkutan di kawasan perairan khususnya di Malaysia. Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan pengangkut yang paling popular. Ia sangat unik kerana usia perkhidmatan tersebut 126 tahun pada tahun 2020. Kami ingin kongsikan sejarah perkhidmatan feri Pulau Pinang yang patut anda tahu. Sejarah tersebut kami kongsikan berdasarkan pautan FB Penangkini.
Sejarah Perkhidmatan Feri Pulau Pinang
Tahun | Catatan |
1894 | Perkhidmatan feri pertama di Pulau Pinang dimulakan oleh seorang pengusaha persendirian bernama Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya |
1924 | Perkhidmatan feri diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang |
1929 | Pertambahan perkhidmatan dua buah feri baru bernama Feri Kulim dan Feri Tanjong |
1938 | Pertambahan feri baru bernama Feri Bagan |
1941 | Serangan tentera Jepun yang menyebabkan Feri Kulim dan Feri Tanjong tenggelam di perairan Bagan berdekatan Jeti Lama Butterworth, manakala Feri Bagan pula telah dibawa lari oleh tentera Jepun ke Sumatera, Indonesia. |
1946 | Feri Bagan dibawa pulang dari Sumatera ke Butterworth untuk diperbaiki dan digunakan semula selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua |
1956 | Penubuhan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) |
1957 | Pertambahan perkhidmatan sebuah feri yang mampu membawa penumpang dan kenderaan berat diperkenalkan. Feri itu bernama Feri Pulau Pinang |
1959 | Pertambahan perkhidmatan empat buah feri baru yang mampu membawa penumpang dan kenderaan berat diperkenalkan. Feri-feri berkenaan bernama Feri Pulau Aman, Feri Pulau Langkawi, Feri Pulau Pangkor dan Feri Pulau Tioman |
1959 | Perasmian dan pembukaan pengkalan feri baru di Pulau Pinang bernama Pengkalan Raja Tun Uda dan di Seberang Perai bernama Pengkalan Sultan Abdul Halim |
1994 | Pengkorporatan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang kepada Penang Port Sdn Bhd |
2017 | Perkhidmatan ini telah diambil alih oleh syarikat GLC Kerajaan Prasarana Malaysia Berhad bagi meningkat mutu perkhidmatan dan menintegrasi perkhidmatan feri dengan bas, rel dan transit cepat |
2020 | Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong semasa kerajaan Perikatan Nasional mentadbir menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang penuh ikonik tersebut. Walau bagaimanapun, perkhidmatan feri di tepat tersebut mungkin akan dinaiktaraf dengan mengambil kira keselamatan dan keselesaan penumpang kelak. |
Gambar-Gambar Lama Feri Pulau Pinang
Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang berusia 126 tahun adalah perkhidmatan feri tertua di negara ini dan juga perkhidmatan feri lintas selat pertama antara Pulau Pinang dan tanah besar, bermula pada tahun 1894. Menteri Pengangkutan, YB Wee Ka Siong menyatakan bahawa perkhidmatan feri di Pulau Pinang diteruskan namun akan membuat perubahan yang mengambil aspek keselamatan dan keselesaan penumpang di masa hadapan.