Sebab Kematian Chadwick Boseman Black Panther

sebab kematian chadwick boseman

Mungkin tidak ramai yang mengetahui nama sebenar pelakon Balck Panther, beliau ialah Chadwick Boseman. Seorang pelakon terkenal yang memegang banyak watak dalam filem-filem terkemuka. Hari ini, berita pemergian beliau mengejutkan jutaan peminatnya. Beliau menjadi pelakon kegemaran ramai kerana berjaya memegang watak King T’Challa, iaitu Raja Kerajaan Wakanda dalam siri filem Marvel Cinematic Universe. Berikut kami kongsikan sebab kematian Chadwick Boseman.

black panther die

Ketika berita pemergianya tersebar, ahli keluarganya telah mengesahkan perkara tersebut.

“Chadwick telah disahkan menghidap kanser kolon tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat”

“Seorang pejuang sejati, Chadwick bertahan mengharungi semua ini dan telah melakonkan banyak filem yang menjadi kesukaan anda.

“Dari Marshall hingga Da 5 Bloods, Ma Rainey Black Bottom dan banyak lagi… semuanya difilemkan di antara kemoterapi dan pembedahan yang dijalani. Ia satu penghargaan dalam kariernya untuk membawakan watak King T’Challa dalamĀ Black Panther,” ujar keluarga Chadwick.

Sebelum ini, Chadwick tidak pernah bersuara tentang penyakit yang dihidapi secara terbuka.

Menurut jurucakap Chadwick iaitu Nicki Fioravante, aktor itu meninggal dunia di kediamannya di samping isteri dan ahli keluarga.

sebab kematian chadwick boseman
R.I.P

Ungkapan yang kita terpaksa terima akan pemergian aktor terkemuka, Chadwick Boseman telah pergi selama-lamanya. Hanya dengan filem hasil karya lakonanya sahaja dapat mengubati kehilangan tersebut.

Berikut Adalah Senarai Filem Yang Pernah Dilokankan Chadwick Boseman

  1. Ma Rainey’s Black Bottom
  2. Yasuke
  3. Da 5 Bloods
  4. 21 Bridge
  5. Avenger End Game
  6. Expatriate
  7. Avenger Infinity War
  8. Black Panther
  9. Marshall
  10. God Of Egypt
  11. Message From The King
  12. Captain America: Civil War
  13. Kisses
  14. Draft Dday
  15. Get On Up
  16. 42
  17. The Kill Hole
  18. Person Unkown

Beliau telah meninggalkan memori yang pasti akan membuatkan para peminat merinduinya. Memori tersebut tertulis menerusi hasil lakonanya dalam filem-filem hebat. Fakta sebab kematian Chadwick Boseman ini mungkin tidak dapat diterima sebahagian peminatnya. Ini kerana mendiang seorang yang tidak pernah mendedahkan masalah tersebut secara terbuka. Beliau malah terus fokus akan karyanya dan tidak pernah mengeluh mengenai penyakit yang dihadapi. Cancer Fighter. Inilah diri beliau yang sebenar.

Ingin mengenali lebih rapat berkenaan Chadwick Boseman, ikuti Biodata Chadwick Boseman.