Safiey Ilias, Benjamin Stephen dan Sikap Masyarakat Kita

safiey ilias dan benjamin stephen

Safiey Ilias Dan Benjamin Stephen. Graduan agama di Malaysia ini bukan sedikit. Setiap tahun akan ada ribuan graduan daripada pengajian Islam dari universiti tempatan. Itu tidak campur yang bukan bidang agama tapi aktif dalam kerja dakwah. Namun sungguh mengecewakan amat sedikit muslim daripada graduan agama yang berkualiti dan mampu jadikan ideologi Islam sebagai hight impact kepada pemikiran dan tamadun negara. Pelajar-pelajar universiti asyik dengan igauan dan angan-angan. Cinta, romantik dan imaginasi mengarut berwajahkan Islam.

Yang muda mudi, gatal teringin nak kahwin semasa masih bergelar pelajar. Zaujah, zauj dan bermacam istilah bermain dalam fikiran. Kononya nak elak maksiat. Memang la kalau datang ke universiti dah simpan angan-angan dapat pasangan berjambang Maher Zain, wanita solehah berniqab. Kalau takat itu sahaja mindset yang ditanam untuk datang ke universiti, maka tidak beza lah dengan pelajar bukan bidang agama yang lain.

Apabila bergelar pelajar pengajian Islam, sepatutnya wujud satu kelainan yang mampu menjadi perhatian orang. Mereka ini dibahunya dibebani tanggungjawab terhadap ummah. Namun sedihnya daripada 100 mungkin hanya 5 yang benar-benar serius akan hal agama. Selebihnya hanyalah untuk lulus, dapat kerja dan dapat anak.

Fenomena ini membuat saya termenung sekejap dengan isu Safiey Ilias dan Benjamin Stephen. Betapa dramatiknya umat ini kerana kelemahan muslim itu sendiri.
benjamin-stephen-murtad
Benjamin Stephen merupakan seorang muslim yang telah murtad kemudian menjadi paderi. Nama asalnya Mohd Badrol Nizam Mohd Redzo. Beliau bersekolah di Sek Men Yahya Petra Kuala Krai, Kelantan. Pada 2001 beliau murtad dan menjadi Kristian yang kuat. Kerap kali dalam beberapa ceramahnya dalam gereja mencemuh agama Islam.
mohd-badrol-nizam
Soalnya, mengapakah beliau jadi sedemikian rupa? Apabila dikaji dan disiasat mengenai sejarah hidupnya, mungkin ini sedikit sebab beliau jadi seperti itu. Mohd Badrol Nizam sejak kecil sememangnya dicipta Allah dengan kelembutan atau istilah lain, sotong. Dengan kata kasar, pondan. Namun pondanya bukanlah menyerupai wanita secara fizikalnya. Hanya gayanya yang lembut. Sewaktu di bangku sekolah, beliau sering diejek dan dibuli oleh rakan-rakannya sendiri. Sudah tentu semua rakanya itu muslim kerana beliau memang membesar di kalangan orang melayu. Mungkin tekananya itu telah lama disimpan dan dipendam. Pada 1997, mubaligh Kristian mula mendekati beliau. Maka di situlah beliau mula berubah. Sebab iti dalam banyak-banyak ceramanya, beliau lebih banyak mencemuh seperti nada melepas marah terhadap Islam. Mungkin ini dendam dan bukanya atas keyakinanya. Anda akan temui dalam rakaman beliau berkata ‘di kaabah batu hajjar al aswad itu disimpan seperti dalam anu perempuan’.

Lain pula dengan Safiey Ilias. Dalam tahun ini beliau menjadi popular kerana taubatnya. Beliau berubah menjadi lelaki semula setelah lama menjadi mak nyah. Beliau kembali memakai lebai, jubah, pakaian lelaki dan sebagainya. Tambahan pula beliau sebenarnya seorang jutawan. Namun tidak lama kemudian beliau secara terbuka mengatakan kepada umum bahawa beliau kembali semula menjadi mak nyah. Posting-posting terbaharunya mula kelihatan gaya kewanitaanya. Rambut panjang dan pakaian wanita.
safiey-ilias
Apa yang menjadi pengajaran daripada kedua-dua isu di atas ialah sikap muslim itu sendiri. Mohd Badrol yang sering diejek, dan Safiey Ilias yang sering disindir. Hakikatnya sikap muslim Malaysia seolah tidak sanggup terima hakikat wujudnya insan-insan seperti ini dalam dunia. Orang Muslim tidak tahu cara yang betul dan berhikmah menghadapi mereka. Sesetengan Muslim penuh dengan perangai fasis. Suka menghentam semborono tanpa memikirkan perasaan golongan seperti ini.

Sebagai seorang muslim, apatah lagi graduan agama sewajarnya mendekati golongan kecil ini dengan mendorong mereka dan sentiasa memberikan sokongan agar tetap teguh dengan ajaran Islam. Sikap yang kolot terhadap golongan ini hanya menatijahkan kerosakan kepada imej Islam itu sendiri. Lalu mereka semakin jauh daripada agama. Sebab itu tidak ada gunanya negara kita mampu menghasilkan ribuan graduan tapi tidak mampu pun membuat apa-apa perubahan yang besar. Jauh sekali membincangkan solusi-solusi mendasar agar masalah seperti ini dapat disentuh dari bangku sekolah hinggalah pentadbiran negara.

Sudah tiba masanya pendidikan yang lebih komprehensif dijalankan dalam negara kita. Bagaimana menghormati golongan minoriti seperti ini di samping dapat menerima hakikat kewujudan mereka tanpa mendera mental dan perasaan. Semoga negara kita menjadi lebih baik dan semoga pembuli mental ini dihapuskan dari peta dunia. Semoga kes Safiey Ilias dan Benjamin Stephen ini tidak lagi wujud di masa hadapan.

INFO

10 Makanan Paling Mahal di Dunia

Permohonan UPU Online

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Update Terkini