
Sejak meletusnya perang antara Rusia dan Ukraine, pelbagai tekanan dikenakan ke atas syarikat Google di Rusia. Salah satu sebab Rusia membuat tekanan tersebut adalah dengan alasan banyak video kekejaman Rusia ditayangkan di Youtube atau mana-mana platform syarikat Google yang dianggap tidak benar. Terkini, Rusia telah merampas akaun bank salah satu anak syarikat Google sehingga diumum muflis.
Anak syarikat Alphabet Inc, Google Rusia memfailkan bankrap selepas pihak berkuasa Rusia bertindak merampas akaun bank syarikat. Perkara itu telah disahkan jurucakap Google. Walaubagaimanapun, masih terdapat platform lain yang boleh diakses secara percuma seperti GMail, Maps, Android Play dan You Tube.
Alphabet Inc merupakan penyumbang GDP negara Rusia pada tahun 2021 sebanyak 1%. Interfax Moscow juga menyatakan hasil bagi tahun 2021 Google Rusia adalah sebanyak 134.3 bilion.