Rayuan GKP 2.0 Secara Online Memohon RM3000

rayuan gkp online

Kerajaan telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi bagi membantu golongan terjejas akibat pandemik Covid-19. Selain Bantuan Prihatin Nasional, kerajaan turut membantu golongan peniaga kecil yang terjejas daripada PKP. Geran Khas Prihatin (GKP) diberikan kepada peniaga kecil bagi membolehkan mereka menjalani semula operasi perniagaan. Berikut adalah butiran semakan GKP. Semakan GKP 2.0 telah dibuka mulai 27 November 2020. Bagi pemohon yang gagal mendapat kelulusan, rayaun GKP 2.0 boleh dibuat mulai 7 Disember 2020. Ikuti butiran yang akan kami kongsikan.

PUNCA GKP 2.0 TIDAK LULUS

Butiran Rayuan GKP 2.0 Bantuan RM3000 Pebiaga Kecil

Tarikh Rayuan Dibuka Tarikh Rayuan Ditutup
7 Disember 2020 21 Disember 2020

Permohonan Rayuan GKP 2.0 bagi peniaga kecil yang gagal boleh dibuat mulai 7 Disember sehingga 21 Disember 2020. Rayuan hendaklah dibuat di pautan yang disediakan dan tidak ada borang manual dikeluarkan bagi peringkat rayuan tersebut.

Pautan Rayuan https://gkp.hasil.gov.my/

Bagi sistem rayuan kali ini, pemohon yang merayu hendaklah memahami alasan kegagalan mereka mengikut kod yang dikemukakan oleh sistem GKP. Oleh yang demikian, pemohon hendaklah mengetahui dokumen yang perlu dilampirkan bagi menyokong rayuan dalam GKP 2.0. Berikut adalah senarai dokumen sokongan mengikut kod alasan.

KOD ALASAN ALASAN TIDAK LULUS DOKUMEN SOKONGAN
01 Tidak beroperasi tahun 2020
  • Penyata kewangan 2019 atau
  • Penyata bank perniagaan / peribadi pemohon terkini
02/03 Jualan adalah 0 atau lebih RM300 ribu
04 Tidak wujud di agensi
  • Sijil pendaftaran perniagaan terkini
05/06 Pekerja melebihi 4 orang
  • Borang pendaftaran pekerja PERKESO / borang 8A PERKESO / borang A KWSP atau,
  • Dokumen pengesahan yang berkaitan
07 Entiti perniagaan lebih 1
  • Sijil pendaftaran perniagaan yang terkini

Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan sahaja yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen. Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF, dan PNG sahaja.

Tarikh Semakan Rayuan GKP 2.0

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
Semakan Rayuan GKP 2.0

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 2.0 boleh hubungan Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara)