Rayan Gagal Diselamatkan Ini Kronologinya

Rayan Gagal Diselaatkan Ini Kronologinya

Kisah kanak-kanak yang berusia 5 tahun bernama Rayan Khaled Awram yang terjatuh kedalam sebuah perigi sedalam 32 meter menggemparkan dunia apabila kisah tragis itu menyebabkan operasi menyelamat mengambil masa sehingga 4 hari. Namun setelah pasukan keselamatan berjuang, media antarabangsa hari ini telah mengkhabarkan Rayan gagal diselamatkan dan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Ramai yang ingin tahu bagaimana kisah ini bermula, kami kongsikan koronologi secara ringkas bagaimana kisah Rayan ini bermula.

Kronologi Kisah Rayan Terjatuh Dalam Perigi

1 Febuari 2022. Rayan mengikuti bapanya, Khaled Awram membaik pulih perigi di halaman rumah. Ketika bapanya sibuk melakukan kerja, Rayan disangka bermain di sekitar kawasan perigi tersebut. Setelah beberapa ketika, bapa Rayan menyedari kehilangan Rayan. Setelah puas mencari di sekitar rumah, baru bapanya menyedari Rayan terjatuh di perigi mereka.

Bapa Rayan pun meminta bantuan penduduk kampung. Namun masalah yang mereka hadapi ialah perigi tersebut mempunyai kedalaman sehingga 32 meter. Puas mereka berusaha untuk masuk menyelamatkan Rayan, namun semakin dalam perigi tersebut lubangnya semakin sempit sehingga hanya lilitan 25 sentimeter. Dengan saiz tersebut, badan orang dewasa pasti tidak dapat dilalui.

Akhirnya pasukan keselamatan dikerah untuk membuat misi menyelamatkan kanak-kanak berusia 5 tahun tersebut. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah memasukkan makanan, air dan oksigen untuk Rayan. Semasa misi menyelamatkan, Rayan dilihat melalui kamera pihak keselamatan dan masih hidup.

Pasukan keselamatan juga telah membuat galian secara besar-besaran dari sisi  perigi tersebut untuk mencapai kedalaman di mana Rayan berada. Teknik tersebut melibatkan puluhan jentera dan juga sangat berisiko tanah runtuh. Penggalian juga sangat sukar kerana tanah yang berbatu dan melambatkan kerja.

6 Febuari 2022. Penggalian pasukan keselamatan telah mencapai perigi di kedalaman kanak-kanak tersebut berada. Akhirnya pasukan keselamatan berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut, namun setelah beberapa usaha dilakukan Rayan gagal diselamatkan dan sah meninggal dunia. Punca kematian belum dikemaskini oleh pihak autoriti yang bertanggungjawab kerana masih dalam siasatan.

Berita tersebut telah menarik perhatian Raja Marocco Mohammed VI dan terus membuat panggilan kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Kherdheesh untuk memberi ucapan takziah. Raja juga memberi pujian kepada pasukan keselamatan yang bertungkus lumus menyelamatkan Rayan.