Putera Azim Mangkat Umur 38 Anak Ke 6 Sultan Brunei

putera azim mangkat

Bandar Seri Begawan, Brunei. Berita Putera Azim Mangkat telah mengejutkan masyarakat di negara tersebut. Berita itu dimaklumkan melalui Istana kerajaan negara Brunei secara rasmi kemangkatan Putera Sultan Hssanal Bolkiah. Punca kemangkatan baginda putera masih menjadi tanda tanya namun sebahagian maklumat mengatakan putera tersebut telah lama menghidapi sakit. Meskipun maklumat terperinci mengenai punca kematian putera Brunei tersebut tidak didedahkan, ada beberapa sumber mengatakan ia disebabkan penderitaan kanser yang dihidapinya.

Bekas Presiden Mesir Meninggal Ini Biodata Beliau Yang Sangat Mengkagumkan

Putera Azim mangkat ketika pada usia 38 tahun dan bujang. Kemangkatan baginda di usia muda tidak meninggalkan sebarang pewaris. Baginda merupakan anak ke 6 dan pewaris ke 4 kesultanan Brunei. Jenazah baginda disembahyangkan di Kubah Makam Dirajah selepas waktus Asar. Majlis itu turut dihadiri Sultan Hassanal Bolkiah. Baginda Sultan telah menitahkan mengibar bendera setengah tiang dan tujuh hari berkabung serta melarang sebarang sambutan dan perayaan hiburan dalam tempoh tersebut.

Seluruh kerajaan memberi penghormatan serta salam takziah ke atas pemergian anakanda Sultan Hassalan Boliah yang sangat disayangi itu. Kerajaan Malaysia turut memberi ucapan takziah kepada kerajaan Brunei. Pemergian baginda pasti membuat rakyat Brunei keseluruhanya merasa sedih.

Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Sumber