Punca Letupan Di Beirut Lubnan Sehingga Membunuh Puluhan Nyawa

punca letupan di beirut

Beirut, Lubnan merupakan sebuah bandar yang tidak terlalu asing di Timur Tengah. Maju dan sibuk dengan kegiatan harian penduduk. 4 Ogos 2020, tiba-tiba dikejutkan dengan satu insiden letupan yang sangat besar dan menyebabkan memusnahkan ratusan struktur yang berdekatan. Sehingga saat ini, satu-satunya punca letupan besar di Beirut boleh dikaitkan dengan kilang baja ammonia nitrat.

punca letupan di beirut
Ammonia Nitrat

Menurut laporan, kilang berkenaan menyimpan sebanyak 2,750 tan metrik ammonia nitrat yang sensitif dengan bahan bakar. Ia disimpan di gudang Pelabuhan Beirut selama bertahun-tahun. Bahan tersebut digunakan untuk pembuatan baja tanaman. Bahan tersebut sangat merbahaya jika terdedah dengan bahan bakar.

Kejadian letupan yang melibatkan ammonia nitrat telah banyak berlaku sebelum ini. Antaranya kejadian letupan di kilang baja di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada 2013 yang mengakibatkan 15 kematian, selain kemalangan di kilang kimia di Toulouse, Perancis pada 2001 yang mengakibatkan 31 orang terkorban. Kejadian baru di Beirut merupakan terburuk dalam sejarah kerana melibatkan kematian yang hampir 100 orang dan lebih 3700 orang cedera.

Pihak kerajaan Lubnan bagaimanapun masih menyiasat terperinci punca letupan di Beirut. Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab memberi jaminan untuk mencari individu yang bertanggungjawab. Siasatan menyeluruh sedang dilakukan oleh pihak keselamatan. Dalam masa yang sama, Majlis Pertahanan Lubnan telah mengisytiharkan darurat selama dua minggu.

punca letupan di beirut
Kesan selepas letupan daripada gudang ammonia nitrat

Semoga saudara kita di sana tabah menghadapi bencana ini. Dunia telah mengucapkan takziah kepada Beirut, dan banyak negara telah bersedia menghulurkan bantuan.

Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah