Punca Kematian Adam Rayqal Sebelum Disembunyikan Dalam Peti Ais

punca kematian adam rayqal

Kes bayi yang bernama Adam Rayqal yang dilaporkan diculik sebelum dijumpai oleh polis di dalam peti ais rumah pengasuh kini semakin terbongkar. Punca kematian Adam Rayqal telah didedahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Menurut satu laporan pada 4 Julai 2018, Senior Asistan Komisioner Fadzil Ahmat berkata bahawa,  hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.

Namun pihak polis masih menyiasat sama ada punca retakan disebabkan dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek.

Bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9:45 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata pada hari kejadian suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka. Suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sjak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatanya di laman sosial.

Kes ini bermula apabila ibu bapa Adam Rayqal yang datang mengambil bayi mereka di rumah pengasuh Kampung Nakhodah Batu Caves, Selangor dikatakan dilaporkan diculik oleh pengasuhnya. Ibu bapa Adam iaitu Mohd Sufi Naeif dan Farah Madihah Othman sempat menyebarkan laporan kehilangan bayi mereka melalui media sosial.

Melalui soal siasat polis terhadap suspek, timbul keraguan terhadap keterangan awal suspek dan akhirnya polis menggeledah rumah pengasuh pada hari yang sama. Serbuan ke atas rumah suspek akhirnya menemui mayat Adam Rayqal ditemui dalam peti ais rumah suspek yang dibungkus dengan napkin dalam beg berwarna hijau.

Semoga laporan menyeluruh dapat didedahkan segerah dan keadilan ke atas kematian adik Adam dapat ditegakkan.