Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat

punca kebakaran pusat tahfiz darul quran ittifaqiyah jalan keramat

UPDATE TERKINI Berita Semasa Kebakaran Pusat Tahfiz. Seluruh Malaysia sedang mengikuti perkembangan terkini mengenai tragedi malang Pusat Tahfiz yang terbakar awal pagi tadi. Kejadian itu mendapat liputan sejurus video kebakaran dimuat naik dalam media sosial. Dilaporkan seramai 24 mangsa ditemui maut. Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat telah dikenal pasti namun siasatan terperinci masih dilakukan sehingga kini.

Gambar-Gambar Kejadian

punca kebakaran pusat tahfiz darul quran ittifaqiyah jalan keramat

punca kebakaran pusat tahfiz darul quran ittifaqiyah jalan keramat

Siasatan awal dari pihak polis mendapati punca kebakaran adalah disebabkan berlaku litar pintas di bilik asrama berkenaan sehingga menyebabkan kebakaran. Namun info terkini yang dikeluarkan oleh pihak bomba menyatakan bahawa punca kebakaran bukanlah disebabkan litar pintas kerana Suruhanjaya Tenaga dan Unit Forensik mengesahkan sistem wiring elektrik dalam asrama terbakar adalah baik dan tiada unsur litar pintas berlaku. Ini kerana sekiranya berlaku litar pintas, suis utama akan menendang.

Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman menyatakan bahawa terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan berlaku kebakaran tersebut. Cara api yang terbakar juga pelik kerana marak dan merebak terlalu cepat. Kebakaran normal kain dan kayu biasanya mengambil masa 30 minit dan itu cukup lama untuk mangsa selamatkan diri. Tambahan pula, pihak bomba dapati ada unsur kimia dan dua tong gas di luar pintu asrama tersebut. Keadaan ini seolah kebakaran bermula dari satu-satunya pintu keluar asrama menyebabkan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri. Biasanya sekiranya kebakaran berlaku dari dalam, mangsa mudah selamatkan diri terus ke pintu.

Disebabkan keadaan bilik asrama pusat tahfiz tersebut yang hanya memiliki satu pintu bermangga dan tidak memiliki pintu kecemasan serta tingkap yang tertutup penuh dengan grill, tindakan menyelamatkan diri sangat sukar berikutan asap tebal menyelubungi bilik yang menghadkan penglihatan serta mengakibatkan kesesakan nafas.

Saksi mengatakan bahawa terdapat pelajar yang terjun dan menggelongsor mengikut batang paip dan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan rentung bertindihan di sudut bilik asrama. Kejadian ini menyebabkan ramai nitizen turut berasa sedih. Tidak kurang juga dengan perhatian yang diambil oleh beberapa pihak mengenai ciri keselamatan serta pengesahan undang-undang pusat tahfiz berkenaan.

punca kebakaran pusat tahfiz darul quran attifaqiyah jalan keramat

Punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat kini masih menjadi perhatian. Kini timbul spekulasi yang menyatakan bahawa terdapat unsur khianat yang menyebabkan berlaku tragedi berkenaan. Walau bagaimanapun, siasatan terperinci oleh pihak keselamatan masih berjalan. Apabila ada unsur khianat, maka ia sudah melibatkan jenayah. Apabila ia jenayah, maka itu akan menjadi tanggung jawab pihak polis.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*