PRN Melaka PH Dominan Dalam Minggu Pertama

PRN Melaka PH Dominan

Pilihanraya Negeri Melaka ke 15 sedang rancak berlangsung dan telah melalui fasa kempen minggu pertama yang begitu mandom tetapi meriah secara dalaman. Pilihanraya di Melaka kali ini agak unik kerana pesta kempen berlangsung dengan mematuhi SOP yang digariskan oleh MKN. Sebab itu, PRN ini kelihatan mandom namun sebenarnya sangat meriah secara dalaman. Kempen-kempen dilakukan dengan pelbagai kaedah yang kreatif daripada semua pihak yang bertanding. Dalam seminggu kempen berlangsung, PRN Melaka PH Dominan kerana berjaya menjuarai aktiviti kempen secara atas talian.

Berbanding BN dan PN, kedua-dua gabungan ini lebih berminat untuk berkempen secara terus kepada akar umbi dan penyokong tegar. Kaedah kempen yang dilakukan ini kelihatan lebih berkesan untuk menambat hati pengundi namun lebih banyak terdedah kepada perlanggaran SOP.

Pilihanraya Melaka ke15

Mengapa PH Dominan dalam kempen minggu pertama?

Media. Ini kerana PH mungkin cuba memastikan peratusan keluar mengundi mencapai sasaran sekurangnya 68%. Ramai pengundi muda yang berada di luar negeri dirayu untuk pulang dan mengundi calon PH. Manakalah BN dan PN sudah tentu selesa dengan keadaan semasa kerana pengundi tegar mereka kebanyakanya golongan tua yang duduk di kampung dan pinggir bandar. Oleh sebab itulah PH mendominasi kempen agar rakyat Melaka khususnya golongan muda yang berada di luar negeri menyedari betapa pentingnya mereka pulang untuk mengundi.

Tersunan dan Rapi. Bermula kejatuhan kerajaan Melaka, PH Melaka telah mengatur langkah dengan kemas apabila bertindak mengadakan sidang media. Situasi ini menampakkan corak leadership YB Adly Zahari ketika itu. PH Melaka menonjol dengan beberapa taktikal yang dikepalai Adly Zahari ke atas TYT, Kerajaan Pusat dan penyusunan jentera gabungan kemudianya sehinggalah pada hari penamaan calon.

Kesepakatan. PH telah sepakat menamakan calon mereka tanpa berlaku sebarang perselisihan yang serius. Rundingan kerusi berjalan lancar. Berbanding di pihak kerajaan, pada saat akhir BN dan PN menamakan calon mereka sehingga bertembung di semua DUN. Pertembungan kedua-dua gabungan ini mengecewakan penyokong kerana sesama gabungan kerajaan di peringkat persekutuan telah berseteru dalam PRN Melaka.

Strategi Kempen. PH lebih berminat bekerja dengan memanfaatkan semua pihak atas peranan masing-masing. Jentera semua sayap dan tenaga bergerak serentak seperti sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Bahan kempen turut selesai dan mulai digerakkan sejurus masa kempen dibenarkan. Berbanding PN dan BN, kedua-dua gabungan ini masih menggunakan taktik lapuk dengan mengheret tokoh mereka dan calon pula mengekor tokoh tersebut. Situasi yang akan merimaskan di sesetengah kawasan pengundi kerana akan berlaku kesesakan dan perlanggaran SOP.

Senario PRN Melaka

Berbeza dengan senario PRN di Melaka kali ini, tiga gabungan iaitu PH, PN dan BN berentap rancak menambat hati pengundi. Manakalah beberapa calon bebas kurang menjadi perhatian. Pada PRU yang lepas, senario hampir sama juga berlaku, iaitu perlawanan tiga penjuru yang mana PH, BN dan PAS bertanding hampir semua DUN.

Gabungan PRN Melaka ke-15

Pakatan Harapan (PH) Perikatan Nasional (PN) Barisan Nasional (BN)
PKR PPBM UMNO
AMANAH PAS MIC
DAP GERAKAN MCA

Tiga gabungan di atas menampakkan pertembungan tidak jauh beza dengan PRU14 yang lepas. Pecah undi pasti akan berlaku namunĀ  isu Melaka telah mengheret kesemua gabungan kepada satu senario yang tidak pasti. Mood pengundi hambar kerana faktor SOP dan Covid19. Kejadian-kejadian lompat parti turut menyumbang kepada kurang minat pengundi terhadap politik.

Neratif yang dimainkan kesemua gabungan juga turut hampir sama seperti PRU yang lepas. PN dan BN sudah tentu memainkan isu melayu dan Islam. Manakalah PH lebih terbuka dan sentiasa menarik sokongan kepada semua kaum.

PH Lebih Jelas Matlamat dan Berfokus

Calon Ketua Menteri. PH secara rasmi mengumumkan saudara Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri tunggal sekiranya PH berjaya menerajui kerajaan Melaka. Manakalah BN dan PN tidak begitu jelas seperti mana yang diumumkan oleh PH. Antara tokoh calon Ketua Menteri dari BN ialah Sulaiman Md Ali, manakalah dari PN pula belum dinamakan namun Tan Sri Muhyidin menyatakan calon itu adalah daripada PBBM.

PRN Melaka

PRN Melaka 15

 

PH kurang perselisihan. Sekiranya diperhatikan secara dalaman, BN dan PN sedang mengalami perselisihan yang begitu serius di peringkat dalaman. Apabila PN menamakan calon mereka, sudah tentu undi daripada BN akan hilang dan begitulah sebaliknya. Jentera UMNO dikatakan marah apabila PBBM bertanding di kawasan kuat mereka. Undi melayu akan berpecah. PH berpeluang namun masih memerlukan undi melayu sekurangnya 16%.

PH dalam landasan. BN dan PN nampaknya masih berselisih secara dalaman. Meskipun BN telah menamakan calon ketua menteri mereka, Ab Rauf tidak berdiam kerana ingin mengekalkan jawatan tersebut sekiranya menang. Manakalah PN yang masih berbincang mengenai calon ketua menteri, Mohd Rafiq paling menonjol sebagai calon Ketua Menteri. Namun Mohd Rafiq berhadapan dengan pelbagai isu apabila berdepan penentangan ramai ahli PBBM.

Prestasi Adly Zahari. Rakyat Melaka akui kecemerlangan Adly Zahari semasa menjawat Ketua Menteri selama 22 bulan. Kerja merakyat yang dilakukan Adly Zahari dengan dasar kerajaan pimpinan zamanya membawa banyak perubahan yang begitu ketara. Kewibawaan beliau diakui kawan dan lawan. Sebab itu bekas ketua menteri Melaka kini bertanding atas tiket PH iaitu Idris Haron dan bekas ADUN UMNO Nor Azman. PRN Melaka PH Dominan.