PPIM dan JAKIM Larang Rakyat Malaysia Beli Sambal Kerabu Thailand

PPIM dan JAKIM telah keluarkan kenyataan rasmi pada 25 September mengenai satu dapatan maklumat produk makanan import yang telah masuk ke pasaran dalam negara Malaysia. Menurut freemalaysiatoday PPIM dan JAKIM melarang umat Islam di negara ini membeli sambal kerabu daripada negara Thai kerana baru-baru ini produk itu telah didapati dicampur dengan daging ular.

Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menasihatkan pengguna agar sentiasa teliti sebelum membuat pembelian sesuatu makanan. Beliau juga menegaskan agar pengguna haruslah bersikap rasional dan bukanya terlalu mudah terpukau dengan produk yang belum tentu lagi status halalnya di peringkat JAKIM. Beliau menambah bahawa rakyat merupakan pengguna yang berhak mengetahui status produk dan tidak boleh terlalu bergantung dengan JAKIM semata-mata kerana makanan itu akan masuk ke perut pengguna dan bukannya JAKIM.
ppim dan jakim larang pengguna beli sambal thailand
Kenyataan PPIM dan JAKIM ini adalah susulan daripada maklumat makanan sambal ikan nasi kerabu yang didapati diperbuat daripada daging ular sawa. Paket sambal nasi kerabu itu bukan sahaja bermasalah dari segi kandungannya malah JAKIM turut mengesahkan bahawa logo halal yang diletak dalam paket tersebut adalah tidak sah. Ertinya logo halal yang tertera dalam paket sambal itu adalah cetakan tiruan dan tidak pernah dimaklumkan kepada agensi yang berkaitan mengenai permohonan halal produk tersebut.

Nadzim turut memberi nasihat kepada pengguna bahawa masih banyak produk buatan Malaysia yang lebih diyakini status halalnya dan pengguna tidak perlu terlalu bergantung pada produk asing apatah lagi jika ia meragukan. Di samping itu, JAKIM turut menyatakan bahawa produk berkenaan bukan lagi pemegang halal dari The Central Islamic Committe of Thailand (CICOT)

PPIM atau Persatuan Pengguna Islam Malaysia merupakan NGO yang sangat aktif dalam memberikan maklumat mengenai pelbagai jenis produk sama ada makanan atau pun perubatan. PPIM dipengerusikan oleh Datuk Nadzim Johan. NGO ini turut menjadi mata-mata bagi semua kepentingan umat Islam dalam negara. Anda boleh membuat sebarang aduan atau mengikuti perkembangan semasa meneruai laman PPIM

Info.