Pesta Kaamatan Sejarah dan Pengaruh Budaya Masyarakat KDM

pesta kaamatan
pesta kaamatan
Ilustrasi: bobohizan, momurinait di dalam sambutan Pesta Kaamatan

Kali ini saya ingin berkongsi tentang perayaan Sambutan Pesta Kaamatan yang akan dirayakan pada setiap tahun 30-31 Mei. Perayaan ini merupakan anatara perayaan yang popular di kalangan masyarakat kadazan dusun di bumi Sabah.

Kepercayaan

Sebenarnya ramai yang tidak tahu sejarah berkenaan perayaan serta asas ia disambut setiap tahun. Sebelum itu, adalah lebih baik kita mengenali sedikit sebanyak tentang masyarakat kadazan di Sabah. Ratusan tahun dahulu, bangsa dusun mempunya satu kepercayaan (agama) yang dijadikan pegangan dan panduan hidup mereka. Ia dipanggil anutan PAGAN.

Ramai yang tidak tahu bahawa Pagan merupakan sebuah agama dan bukanya satu bentuk kepercayaan yang disangka ramai. Antara kekeliruan yang berlaku adalah, Pagan dianggap seperti sejenis kepercayaan yang tiada tuhan. Ia mendekati maksud anamismi iaitu mempercayai perkara-perkara sekeliling sebagai memberi keramat atau tanda. Contohnya burung yang membawa tanda. Angin yang membawa tanda dan sebagainya.

Perlu dijelaskan bahawa Pagan bukan semata-mata seperti yang disebut di atas, malah Pagan itu sendiri mempunyai satu bentuk keyakinan terhadap ketuhanan (Kinorohingan) dan sitem atau aturan kehidupan dalam Pagan. Kinohoringan merupakan nama atau panggilan untuk Tuhan (Kinohoringan = Tuhan). Dalam masyarakat dusun, ia bermaksud sesuatu yang sangat berkuasa, sangat diharapkan, dan yang memberi nasib. Tidak ada rupa khusus atau ukiran khusus bagi Kinohoringan dalam masyarakat dusun.

MENARIK: Pesta Anjing Di India Sangat Pelik

Manakah sistem dalam ajaran Pagan pula ialah salah satunya ‘SOGIT’ atau bermaksud denda. Sogit merupakan peraturan yang dilakukan ke atas seseorang atau kumpulan apabila berlaku kesalahan menurut masyarakat ini. Ia akan diputuskan oleh ketua adat atau ketua kaum dusun. Antara sogit yang akan dikenakan kepada pesalah ialah haiwan ternakan, barangan dan sebagainya. Terdapat banyak lagi sistem atau aturan dalam masyarakat dusun yang berpegang kepada kepercayaan pagan. Antara lainya ialah sistem perkahwinan, pantang larang, kejiranan, pemilihan ketua adat, pemerintahan dan sebagainya.

pesta kaamatan
Kredit photo: Pakaian tradisi kaum Rungus dan persembahan mongigol

Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan berkenaan masyarakat kadazan dusun di Sabah. Semoga sejarah bangsa ini tidak hilang ditelan zaman. Anak mudan yang terus membesar dengan dunia teknologi kini haruslah mempertahankan jati diri mereka agar tidak hilang dari dunia yang semakin mengelirukan.

Bersambung…

by: Anak Dusun.