Pesta Anjing Kukur Tihar Di India Pesta Yulin Di China

pesta anjing

Anjing merupakan haiwan yang sangat dekat dengan kehidupan manusia. Selama ribuan tahun, manusia sedikit sebanyak bergantung dengan haiwan ini. Ia bukan sahaja haiwan peliharaan, malah ia banyak membantu manusia dalam aktiviti seharian. Sehingga kini, anjing merupakan haiwan peliharaan paling digemari di dunia. Di China, ada setiap tahun akan ada pesta makan anjing di Yulin, selatan negara itu. Berbeza dengan India, mereka memperlakukan anjing dengan hormat apabila membuat sambutan pesta anjing yang disebut Kukur Tihar.

kukur tihar
ada tanda di dahi
pesta anjing
kawalan oleh pihak keselamatan demi perayaan Kukur Tihar

Keunikan sifat anjing ini lebih menonjol berbanding haiwan-haiwan yang lain. Ia sangat setia kepada tuannya (manusia), sentiasa mengambil berat akan tuannya, dan bersifat melindungi. Dalam tradisi Hindu, anjing dianggap sebagai mulia. Dalam teks kuno Hindu, Rigveda, ia disebut sebagai Samara bermaksud The Mother Of The Dog. Ia mencatatkan kisah yang panjang dalam dunia dewa Hindu. Dikatakan Samara sebagai The Guardian and The Messenger of Yama.

Kini, di India dan khususnya di Nepal, satu perayaan yang disebut Kukur Tihar Festival merupakan sambutan yang diraikan selama lima hari. Ia juga disebut sebagai Festival Of The Light yang disambut pada 22 October setiap tahun. Perayaan ini bukan sahaja kerana sejarah yang panjang mempengaruhi kehidupan di Negara tersebut malah ia sebagai salah satu manifiestasi menghargai jasa anjing kepada manusia. Berbeza dengan Negara China yang akan membuat perayaan di Yulin iaitu pesta memakan anjing, inilah yang ditunjukkan India. Kukur Tihar akan menghiasi suasana dengan pelbagai warna dan keceriaan kepada anjing. Antaranya dikalung dengan bunga, diwarnai, dihiasi kemudian sambutan perayaan dengan perarakan yang penuh dengan kemeriaan. Ia hanya dilakukan di India.

pesta anjing
ragam pesta anjing di Nepal