Persona Premium 2020 Harga Dan Spesifikasi

persona premium

Setelah melancarkan X70 dan Iriz, Proton sekali lagi mengumumkan model baharu daripada Persona 2020. Proton Persona yang telah dilancarkan ini mempunyai lebih banyak perubahan berbanding model Persona sebelum ini. Bermula daripada rekabentuk sehinggalah interior yang lebih canggih dan menarik. Saya akan mengajak kepada peminat kereta buatan tanah air ini untuk memfokuskan model Persona Premium 2020 iaitu spesifikasi tertinggi dalam model ini.

Harga Persona Premium Hanya RM57,000!

Walau apa sahaja model kereta, harga adalah menjadi taruhan bagi pengeluar. Ia bukan sahaja akan menjadi perkara penting dalam penentuan selera pelanggan, malah akan menjadi asas persaingan dengan model-model sedan syarikat kereta yang lain. Apa pun, Proton tidak pernah mengecewakan. Persona 2020 ini pasti berbaloi dan tidak menyesal untuk dimiliki.

Perbandingan harga mengikut variant

Dengan harga sehingga RM57,000 dan anggaran bulanan sehingga RM700 sebulan, ia sudah tentu sebuah kereta mampu milik malah dengan model yang mampu bersaing dengan kereta luar negara lain seperti Vios, Hyundai dan sebagainya. Mari kita lihat, mengapa model Proton Persona ini tidak rugi untuk dimiliki.

Harga dan Spesifikasi Perodua Aruz

Spesifikasi Proton Persona

Exterior

Persona Premium dilengkapi dengan headlamps halogen, daytime running lamps, auto headlamps, follow me home headlamps, electric door mirror with auto fold function, door mirror with turn signal lamps, rear spoiler, remote trunk release, dan menggunakan shark fin antenna. Selain itu ia turut dihiasi line dan frame di sudut dan bahagian hadapan dan belakang yang lebih menarik.

Interior

Bahagian dashboard Protan Persona pastinya lebih moden dan mantap. Ia telah membangun rekabentuk yang futuristik. Sedikit sentuhan kesenian diambil daripada Merz dan Volvo yang membuat ia kelihatan lebih menawan. Ciri skrin sentuh yang menambah keunikan bahagian interior Proton Persona. Steringnya yang lebih kukuh dan meyakinkan pemanduan ditambah dengan konsol untuk membuat adjustment muzik tanpa menyentuh skrin. Manakah kepala gear pula kelihatan seperti X70 bagi Persona Premium. Apa yang lebih menarik ialah, semi leather seat yang cantik dan menambah keselasaan semasa memandu. Persona Premium dan Axia Premium mempunya rekabentuk seat yang sama. Motif semi leather seat ini adalah bagi menambah keselesaan di samping Proton dapat membuat penjimatan kos pembikinan.

Membeli kereta tempatan seperti Proton Persona pasti memberi kepuasan kepada pengguna. Ia adalah kereta sedan sederhana tetapi selesa dan sesuai bagi pengguna masyarakat pertengahan. Dengan kata lain, kereta ini dicipta khas oleh Proton kepada golongan berpendapatan rendah tetapi mampu menikmati kereta yang lebih selesa.

Anda boleh melihat review Persona Premium 2020 daripada Pandu Laju untuk mendapatkan lebih maklumat sebelum membuat keputusan pembelian. Review Abg Gan ini sedikit sebanyak memberi perkongsian terperinci kepada anda.