Persediaan Menghadapi Ujian INSAK dan UKCG Bagi Calon IPG

persediaan menghadapi ujian insak dan ukcg

Permohonan IPG bagi sesi tahun 2017 telah pun dibuka sejurus keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan oleh kementerian. Bagi mana-mana pelajar lepasan SPM yang berkelayakan untuk memohon Institut Pendidikan Guru (IPG), beberapa peringkat harus dilalui agar terpilih mengikuti program ini. Peringkat yang pertama adalah membuat permohonan online IPG. Selepas itu, pemohon yang terpilih akan dipanggil untuk menjalani ujian INSAK dan UKCG. Kemudian pemohon yang melepasi ujian tersebut akan dipanggil temuduga sebelum ditawarkan penempatan pengajian di IPG. Persediaan Menghadapi Ujian INSAK dan UKCG:

Ujian INSAK dan UKCG akan dijalani pada satu hari yang sama. Ujian INSAK akan dibuat terlebih dahulu kemudian ujian UKCG. Kedua-dua ujian adalah wajib dilalui. Pemohon yang dipanggil harus mematuhi syarat, membawa dokumen dan pakaian yang diterangkan melalui surat panggilan.

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

  • Merupakan ujian bertulis dengan set soalan objektif dan kertas OMR. Sebanyak 195 soalan objektif yang terbahagi kepada dua (2) bahagian. 135 soalan di Bahagian A dan 60 soalan di Bahagian B.
  • Calon hanya diberi masa sebanyak 45 minit untk menyelesaikan 195 soalan.
  • Hanya pensel 2B, getah pemadam, kad pengenalan, surat beranak dan slip kehadiran wajib dibawa.
  • Contoh-contoh soalan:

Adakah anda pernah mencuri?

A. Ya       B. Tidak

Anak murid anda terlibat dengan dadah. Apakah tindakan anda?

A. Laporkan pada Guru Besar sekolah

B. Terus laporkan pada polis

Wajarkah seorang bendahari bertanggungjawab terhadap kes kehilangan wang persatuan walaupun bukan sebab kecuaianya?

A. Wajar     B. Tidak wajar

Adakah anda pernah melakukan seks dengan sesiapa sahaja?

A. Tidak benar sama sekali

B. Tidak Benar

C. Benar

D. Sangat benar

Kesemua soalan ujian INSAK lebih kepada sahsia seorang guru.

Persediaan Menghadapi Ujian INSAK dan UKCG

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

  • Ujian ini telah dimulakan pada tahun 2014 oleh kementerian memandangkan semakin ramai pemohon yang membuat permohonan memasuki IPG. Oleh itu, ketetapan untuk kelayakan memasuki IPG telah diketatkan oleh kerajaan.
  • UKCK terbahagi kepada lima (5) stesen
  1. Indeks Jisim Badan (BMI) : 20% markah
  2. Bangun Tubi Bervariasi : 20% markah
  3. Kilas Sisi : 15% markah
  4. Lompat Kuadran : 15% markah
  5. Bleep Test : 30% markah