Permohonan Bantuan BMT RM600 Telah Dibuka 2022

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatanya akibat tidak dapat menoreh pada musim hujan. Ia merupakan inisitif kerajaan yang sudah dilaksanakan setiap tahun untuk membantu pekebun getah yang mengalami penurunan pendapatan pada musim tengkuju. Bantuan ini akan diberikan pada bulan November dan bulan Disember tahun 2022 sebanyak RM600 seorang. Permohonan bantuan BMT telah dibuka dan proses mendapatkanya adalah seperti berikut.

Butiran Permohonan BMT 2022

Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
5 Mei 2022 15 Septeber 2022
Pautan Permohonan: https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

Pemohon yang gagal boleh membuat rayuan bermula pada 16 September 2022 hingga 31 Oktober 2022.

BERKAITAN: Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun Kecil berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan kebun dengan 1 hektar hingga 2.5 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah bagi pemilik pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  5. 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh)
  6. Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja
  7. Mempunya Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi penoreh bukan pemilik sahaja).
Sumber: AGROMALAYSIA.MY

Cara-Cara Membuat Permohonan Bantuan BMT

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi BMT RISDA dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Geran Tanah Pemohon
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif

Bagi pemohon kategori penoreh bukan pemilik tanah pula hendaklah menyertakan dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  3. Salinan geran lot yang diusahakan
  4. Salinan buku akaun bank pemohon yang aktif
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan kad PAT-G
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

Pembayaran BMT akan diterima dengan dua fasa iaitu pada bulan November RM300 dan bulan Disember RM300 yang secara keseluruhan adalah RM600 terus dimasukkan ke dalam akaun pemohon.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pejabat RISDA terdekat atau melalui alamat berikut:

Tel: 03-42510171

e-Mail: bmt@risda.gov.my

Atau sila layari pautan www.risda.gov.my

1 Trackback / Pingback

  1. Bantuan Kewangan BISTARI Sabah RM100 Untuk Bayi Lahir Tahun 2022

Comments are closed.