Permohonan Skim Usahawan Sabah (SYABAS) Hingga RM5000

Permohonan Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS)

Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) merupakan inisiatif terbaru kerajaan negeri Sabah yang diumumkan oleh Datuk Seri Haji Hajiji Bin Haji Noor baru-baru ini. Ia menyasarkan golongan belia yang berminat meneroka bidang perniagaan dan juga mereka yang ingin mengembangkan perniagaan. Skim ini akan dilaksanakan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS Sabah) bermula tahun 2022. Mereka yang berminat dan mempunyai kelayakan boleh membuat permohonan skim usahawan Sabah bermula hari ini.

Butiran Permohonan Skim Usahawan Sabah

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
03 Oktober 2022
https://syabas.gov.my/ms/

Kategori Bantuan Kewangan SYABAS Yang Diberikan

Skim ini diberikan dalam bentuk kewangan kepada usahawan belia yang berjaya dan akan disalurkan terus ke akaun perniagaan yang digunakan.

RM2000 RM5000
Belia yang baru memulakan perniagaan Belia yang sedang berniaga dan mengembangkan perniagaan

Syarat Umum Permohonan Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS)

  1. Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
  2. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
  3. Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  4. Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.

Cara Membuat Permohonan SYABAS

  1. Layari laman web syabas.gov.my
  2. Daftar akaun baru dan masukkan butiran yang diminta
  3. Log masuk akaun
  4. Buat permohonan online dan isi maklumat
  5. Pilih kategori sama ada skim RM2000 atau skim RM5000
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan mengikut kategori
  7. HANTAR
  8. Semak status permohonan setelah berjaya menghantar dari masa ke semasa

Syarat Khusus Permohonan Skim Usahawan Sabah (SYABAS)

Start Up Fund (RM2000) Young Developing Creative Business Fund (RM5000)
  1. Lesen perniagaan
  2. Penyata akaun bank
  3. Salinan IC
  4. Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)
  1. 6 bulan penyata bank, gambar premis dan kertas kerja
  2. Lesen perniagaan
  3. Penyata akaun bank
  4. Salinan IC
  5. Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)

Contoh dokumen sokongan boleh disertakan seperti gambar premis perniagaan, aktiviti operasi, resit penjualan atau apa-apa sahaja yang membuktikan anda sedang berniaga.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus ke pejabat Belia dan Sukan yang berdekatan atau hubungi maklumat yang diberikan di bawah.

Nombor Telefon : +608-8287 556

Fax : 08-8240 533

Alamat:

Kementerian Belia Dan Sukan
Sabah Tingkat 10, Blok B Wisma
Muis Karung Berkunci No. 2007,
88999 Kota Kinabalu
Laman Sesawang