Permohonan Skim Perumahan PPRT Sabah

Skim Perumahan Sabah

Ramai yang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri terutamanya mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Di masa yang sama, terdapat ramai lagi yang terpaksa menyewa serta menumpang rumah keluarga kerana tidak mampu untuk membina rumah sendiri. Meskipun ramai yang ada tanah sendiri, namun modal untuk memulakan pembinaan rumah tidak ada. Maka sebab itulah kerajaan telah membuat program yang bersifat inklusif untuk membantu rakyat yang memerlukan rumah. Kerajaan telah menyediakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebagai salah satu inisiatif membantu golongan miskin tegar agar dapat memiliki rumah sendiri. Permohonan skim perumahan kerajaan negeri Sabah, iaitu PPRT adalah seperti berikut.

Siapakah Yang Layak Dan Cara Mohon?

  1. Kerajaan telah meletakkan syarat serta kriteria khusus kepada golongan yang berkelayakan untuk membuat permohonan skim perumahan seperti PPRT ini.
  2. Miskin tidak semestinya layak secara automatik. Ini bermakna, kemiskinan haruslah dibuktikan secara tangible (boleh dilihat/disentuh) atau dengan kata lain, terbukti melalui dokumentasi oleh jabatan serta agensi yang berkaitan sebagai bukti bahawa pemohon itu benar-benar miskin tegar.
  3. Telah disenarai dalam program e-Kasih. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai e-Kasih, sila klik pautan ini (Cara Memohon e-Kasih).
  4. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.
  5. Permohonan hendaklah melalui MPKK atau UPPM di daerah masing-masing. Mereka akan berikan borang atau boleh dapatkan borang di Pejabat Daerah terdekat. Contoh borang boleh muat turun di sini (DOWNLOAD)
  6. Walau bagaimanapun, terdapat golongan yang akan mendapat perhatian atau keutamaan untuk kelayakan PPRT iaitu;
  • Warga emas;
  • Orang kurang upaya (OKU);
  • Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • Mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PPRT boleh menghubungi di Pejabat Daerah masing-masing melalui laman ini https://www.sabah.gov.my/kplb/index.php/profail-kementerian/pejabat-daerah

Terdapat Dua Bentua Bantuan PPRT iaitu;

Bina Baru

  • Pemohon memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh),
  • Pemohon mempunyai pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf). Untuk ini pemohon perlu mengemukakan borang kebenaran menggunakan tanah.

Baik Pulih

  • Bantuan diberikan hanya untuk rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan borang kebenaran menggunakan tanah.

Spesifikasi Rumah Dan Kadar Kos PPRT

 

permohonan skim perumahan
Pelan lakaran rumah PPRT Sabah
Kategori Bina Baru Baik Pulih
Jenis Rumah 3 Bilik (660 kps) atau Rumah Panjang (715 kps) RM68,000.00
Jumlah Bantuan Bergantung pada penilaian oleh jawatankuasa terlibat Maksimum sehingga RM15,000.00

Tarikh dan tempoh permohonan adalah sentiasa dibuka namun dinasihati merujuk kepada MPKK di kampung masing-masing atau bergantung kepada perancangan jawatankuasa bertindak daerah.