Permohonan SKIM Biasiswa MyBrainSc Ijazah, Master, Phd KPT 2018

permohonan skim biasiswa mybrainsc

Sukacita dimaklumkan permohonan SKIM Biasiswa MyBrainSc daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini dibuka. Permohonan adalah terbuka kepada calon-calon yang berkelayakan daripada bidang sains tulen. Berikut adalah butiran permohonan skim biasiswa MyBrainSc KPM 2018.

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
02 Mac 2018 31 Mac 2018
https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/

BACA: Pengenalan MyBrainSc

KPT telah mewujudkan program MyBrainSc dengan agenda jangka masa panjang selaras dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) demi melahirkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran seterusnya menjadi cendekiawan bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

SISTEM PERMOHONAN MYBRAINSC

Untuk makluman, program SKIM Biasiswa MyBrainSc adalah khusus untuk pemohon yang sedang menjalankan pengajian atau yang sedang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang sains sahaja seperti Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik.

Cara Mengisi Borang Permohonan Online Skim Biasiswa MyBrainSc 2018

1) Daftar pengguna baru di: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/daftar.php

2) Kemudian Login di: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/login.php

BACA: Manual Pengguna

Syarat-syarat permohonan bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Pemohon daripada kategori Ph.D

permohonan skim biasiswa mybrainsc

Pemohon daripada kategori Sarjana (Master)

permohonan skim biasiswa mybrainsc

Pemohon daripada kategori Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda)

permohonan skim biasiswa mybrainsc

Pemohon yang memenuhi syarat di atas boleh mendapatkan borang permohonan dan dilengkapkan secara manual. Borang permohonan boleh dimuat turun dan dicetak melalui laman rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi. Borang yang lengkap diisi perlu discan kemudian hantar melalui online dalam format PDF ke alamat yang diberikan melalui borang.

PENTING!

Pemohon yang berjaya mendapat tawaran skim biasiswa ini akan terikat dengan kontrak kerajaan selama mana pemohon masih bergelar pelajar atau sedang menjalankan pengajian secara sepenuh masa dan kerajaan berhak pada bila-bila masa memberhentikan tajaan atas sebab-sebab berikut:

  • Pemohon melanggar disiplin universiti (atas keputusan universiti tempat pemohon menjalankan pengajian)
  • Pemohon mengahadapi masalah akademik seperti prestasi keputusan yang teruk.
  • Pemohon menarik diri daripada tajaan tanpa kebenaran KPT.

Sebagai tambahan, beberapa kaedah pemilihan akan dilakukan untuk menapis pemohon yang layak sahaja. Yang pertama, pihak panel akan membuat ujian ke atas pemohon untuk mengetahui kecenderungan sains pemohon. Kedua, temuduga oleh panel yang dilantik untuk menemuduga pemohon. Dan yang ketiga, pemilihan terakhir dilakukan secara bersama oleh agensi lain seperti JPA dan MARA kepada pemohon.

Pemohon yang berjaya akan mendapat makluman permohonan oleh pihak KPT dan segala maklumat terperinci mengenai tajaan disertakan dalam tawaran biasiswa itu nanti.

Berikut adalah senarai universiti yang dipilih oleh KPT agar pemohon yang sedang menjalankan pengajian dalam institusi tersebut layak membuat permohonan SKIM Biasiswa MyBrainSc.

Universiti Awam

  1. Universiti Kebangsaan Malaysia
  2. Universiti Malaya
  3. Universiti Putra Malaysia
  4. Universiti Sains Malaysia
  5. Universiti Teknologi Malaysia
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  7. Universiti Teknologi MARA
  8. Universiti Utara Malaysia
  9. Universiti Sultan Zainal Abidin
  10. Universiti Malaysia Pahang
  11. Universiti Malaysia Perlis
  12. Universiti Malaysia Sabah
  13. Universiti Malaysia Sarawak
  14. Universiti Malaysia Terengganu
  15. Universiti Malaysia Kelantan
  16. Universiti Pendidikan Sultan Indris
  17. Universiti Sains Islam Malaysia
  18. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Universiti Swasta

  1. Aimst University
  2. Asia Pacific University College of Technology and Innovation
  3. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  4. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  5. Help University College
  6. INTI International University
  7. Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur
  8. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  9. Limkokwing University of Creative Technology
  10. Management and Science University
  11. Monash University Sunway Campus
  12. Nilai University College
  13. Sunway University College
  14. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  15. Taylor’s University College
  16. The University of Nottingham Malaysia Campus
  17. UCSI University
  18. Universiti Industri Selangor
  19. Universiti Kuala Lumpur
  20. Universiti Multimedia
  21. Univerisiti Teknologi Petronas
  22. Universiti Tenaga Nasional
  23. Universiti Tun Abdul Razak
  24. Universiti Tunku Abdul Rahman

Sebarang perubahan mengenai maklumat permohonan SKIM Biasiswa MyBrainSc akan dimaklum melalui laman ini kemudian. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat dari masa ke semasa mengenai MyBrainSc, anda boleh tinggalkan email melalui ruangan komen yang disediakan.

BERKAITAN: Permohonan UPU Online