Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Online SPNB

permohonan rumah mesra rakyat 1malaysia

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (dhaif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Sejak tahun 2012, SPNB telah memperluas program ini hingga ke Sabah, Sarawak dan Labuan beserta rekabentuk rumah yang selesa dengan tawaran harga berpatutan. Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia juga telah diperkenalkan dengan sistem permonan online oleh SPNB.

Syarat-Syarat Umum Kelayakan Memohon RMR1M

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 hingga RM3000 sebulan
  • Pemohon/pasangan tidak mempunya rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang dari 2,800 kps
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB

Cara-Cara Membuat Permohonan

  1. Dapatkan borang di pejabat wakil rakyat atau laman sesawang SPNB. Borang online https://rmronline.spnbmesra.com.my/
  2. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  3. Menghantar borang permohonan ke pejabat wakil rakyat atau muat naik (jika melalui online) dengan lengkap dan mendapat pengesahan sokongan daripada wakil rakyat.
  4. Penilaian akan dilakukan kemudian pemohan akan dimaklumkan sama ada diterima atau tidak
  5. Penilaian syarat pinjaman akan dilakukan kemudian pemohon akan dimaklumkan sama ada diterima atau tidak.
  6. Pemohon yang layak akan membuat perjanjian pembiayaan dan pembinaan.

Borang Online Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Pemohon Baru: https://rmronline.spnbmesra.com.my/firstLogin.asp
Panduan: https://rmronline.spnbmesra.com.my/Manual_Pengguna_RMR1M.pdf
Risahlah: https://rmronline.spnbmesra.com.my/RisalahRM1M.pdf

Pemohon dinasihati untuk membaca panduan terlebih dahulu dengan teliti sebelum membuat permohonan online dalam pautan yang diberikan di atas.

BERKAITAN JUGA: Permohonan PR1MA

Rekabentuk RMR1M Bagi Kategori Individu/Isi Rumah

permohonan rumah mesra rakyat 1malaysia

permohonan rumah mesra rakyat 1malaysia

permohonan rumah mesra rakyat 1malaysia

Sumber: http://www.spnbmesra.com.my/

Soalan Lazim Mengenai RMR1M

1.) Berapa lama tempoh permohonan akan diluluskan?

  • Tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan menepati syarat dan tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan pembiayaan

2.) Bolehkah pemohon memohon sekiranya tanah mempunyai ramai tuan tanah?

  • Boleh, sekiranya mendapatkan kebenaran daripada semua tuan tanah

3.) Bolehkah pemohon memohon sekiranya tuan tanah telah meninggal dunia?

  • Tidak dibenarkan kerana syarat utama adalah perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah

4.) Bolehkah pemohon memohon lebih daripada 1 buah RMR1M di tanah yang sama?

  • Boleh, sekiranya keluasan tanah mencukupi dan pemohon yang berlainan, tertakluk kepada kelulusan pinjaman.

5.) Berapa lama tempoh pembinaan RMR1M?

  • Tidak melebihi 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/tarikh perjanjian

6.) Bolehkah pemohon membuat pengubahsuaian kepada rumah?

  • Boleh, setelah tempoh pembaikan kecatatan tamat dalam tempoh 1 tahun selepas serahan kunci dibuat.