Permohonan Rayuan BSH 2019 Bantuan Sara Hidup

borang permohonan rayuan bsh

Permohonan rayuan BSH 2019 telah diumumkan akan mulai dibuka bermula Julai hingga 15 Ogos. Rayuan adalah tertakluk kepada pemohon yang tidak lulus dalam permohonan BSH fasa sebelum ini. Berikut adalah butiran rayuan untuk tindakan lanjut.

Butiran Tarikh Permohonan Rayuan BSH 2019

Tarikh Dibuka Tarikh Ditutup
01 Julai 2019 15 Ogos 2019
Klik: https://bsh.hasil.gov.my/SemakanRayuan.aspx

Semakan Tarikh Bayaran BSH

Syarat Kelayakan Pemohon Yang Boleh Mengemukakan Rayuan BSH

  1. Warganegara Malaysia yang sedang menetap dalam negara sahaja
  2. Individu lelaki/wanita yang menjadi ketua keluarga serta sedang bekerja di Malaysia dengan berpendapatan kasar bulanan berjumlah RM4000 dan ke bawah sahaja – seisi rumah.
  3. Pasangan warganegara Malaysia (MyKad)
  4. Pasangan bukan warganegara Malaysia dan mempunya anak warganegara Malaysia (MyKad/MyKid)
  5. Hubungan pemohon dengan anak mestilah: Anak kandung (termasuk anak tak sah taraf) ataupun anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja, dan Warganegara Malaysia yang mempunyai pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja dan tidak bekerja atau tiada punca pendapatan
  6. 18 tahun ke bawah
  7. 19 tahun ke atas jika sedang mengikuti kursus pengajian sepenuh masa di institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, atau; Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.