Cara Membuat Permohonan PTPTN Melalui Online

Kerajaan telah menyediakan perbadanan yang memberi bantuan kepada pelajar untuk membuat permohonan ptptn iaitu pinjaman semasa menduduki pengajian yang telah ditawarkan. Universiti Awam dan Universiti Swasta telah menyediakan khidmat pinjaman PTPTN bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyara pengajian.

Pelajar Yang Layak Membuat Permohonan PTPTN

  1. Mendapat tawaran menyambung pengajian tinggi awam atau swasta.
  2. Kursus yang diikuti di IPT, IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  3. Bagi pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  4. Baki pengajian masa membuat permohonan hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun.
  5. Pemohon tidak boleh memohon ketika masih mendapat tajaan selain daripada PTPTN.
  6. Mempunyai akaun SSPN-i sebelum membuat permohonan.

Jadual Permohonan Pinjaman

Cara-cara Memohon Atas Talian (Online)

  1. Beli nombor Pin PTPTN di Kaunter BSN, atau ATM BSN. Setiap pembelian nombor Pin adalah berharga RM5.00 dan ia hanya sah selama enam (6) bulan bermula daripada hari pembelian.
  2. Panduan pembelian di kaunter:

permohonan ptptn

  1. ) Nama penuh pemohon
  2. ) Tandakan (/) pada ruangan tunai
  3. ) Amaun dalam perkataan
  4. ) Jenis program pembelian pin
  5. ) Nombor kad pengenalan pelajar
  6. ) Amaun dalam angka

3. Panduan pembelian di ATM:

  • Masukkan kad ATM BSN (Matrix-i, BSN Matrix, atau kad GIRO)
  • Pilih atau tekan ‘beli PIN’
  • Pilih Program
  • Masukkan nombor IC pelajar
  • Dapatkan resit daripada ATM

4. Daftar Akaun SSPN-i

  • Perhatian, pelajar yang belum memiliki akaun SSPN-i dikehendaki mendaftar sereta merta sebelum membuat permohonan Pembiayaan Pelajar PTPTN. Pelajar boleh membuka akaun SSPN-i di Bank Rakyat, Bank Islam, MayBank, dan Agro Bank.
  • Pelajar boleh meneruskan permohonan PTPTN melalui online setelah selesai membuka akaun SSPN-i pada hari yang sama apabila selesai membuka akaun SSPN-i di banak MayBank dan Bank Rakyat sahaja.

5. Masuk laman rasmi PTPTN

Isi maklumat yang diminta:

permohonan ptptn

Isikan nombor kad pengenalan anda tanpa mengisi “-” atau ‘space’ kemudian isikan tarikh dan masa anda membuat permohonan. Masukkan nombor PTPTN (PIN) kemudian teka ‘Daftar’. Pastikan anda merupakan pemohon pertama kali dan belum menerima mana-mana tajaan pada masa membuat permohonan ini.

Setelah anda berjaya ‘log masuk’ untuk pendaftaran kali pertama, isi maklumat yang diminta dengan teliti. Pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan betul. Elakkan kesilapan mengisi di bahagian mandatori kerana ia akan memberi kesan kepada permohonan anda.