Permohonan Pertukaran Guru Online Akan Dibuka Mulai 1 Febuari

Permohonan pertukaran guru online bagi sesi 2017 akan dibuka mulai 1 Febuari sehingga 25 Mac. Sukacita dimaklumkan notis permohonan pertukaran ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 16 Januari 2017. Bagi guru-guru yang berminat untuk memohon pertukaran tempat mengajar, boleh membuat permohonan dengan login masuk pengguna seperti di bawah di bawah:

permohonan pertukaran guru online

Sekiranya anda belum mempunyai ID pengguna dan kata laluan, anda dikehendaki membuat pendaftaran masuk untuk menggunakan sistem. Namun, sekiranya anda sudah membuat pendaftaran sebelum ini dan memiliki ID pengguna dan kata laluan, adalah disarankan agar anda membuat kemaskini pengguna sebelum membuat permohonan pertukaran guru online.

BERKAITAN: Tarikh Permohonan UPU

permohonan pertukaran guru online

Maklumat notis permohonan pertukaran, antara gred guru yang boleh membuat pertukaran secara online adalah:

  • Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41, DG42, DG44, DG48, DG52, dan DG54 (KUP-Time based).

Manakalah pemohon yang hanya dikehendaki mengisi borang secara manual adalah:

  • Pentadbir secara hakiki dan guru cemerlang.

Borang yang dihantar secara manual hendaklah dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Bahagian Sektor Operasi Pendidikan yang berkaitan.

Untuk membolehkan pemohon dapat melengkapkan proses permohonan, pemohon boleh terus ke pautan Link Ini bagi meneruskan permohonan. Sekiranya pemohon ingin meneliti notis Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada mengenai syarat, garis panduan, pekeliling dan sebagainya, pemohon bolehlah terus ke pautan PDF ini.

TERKINI: Permohonan IPG Ambilan 2017