Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Cara Online 1 April 2022

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Selaras dengan pengumuman terkini kerajaan, YAB Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia telah menunaikan janji kepada Keluarga Malaysia untuk memastikan pengeluaran KWSP dapat dilakukan. Perkara itu telah mendapat respon positif di peringkan Kementerian Kewangan Malaysia, YB Tengku Zafrul akan melaksanakan perkara berkenaan dengan segera. Terkini, permohonan pengeluaran khas KWSP sama seperti i-Sinar sebelum ini bakal dibuka secara online kepada semua pencarum bermula 1 April 2022.

Semakan Status dan Bayaran BKM 2022

Kerajaan komited untuk memastikan rakyat terus terbela dalam mendepani pelbagai cabaran masa kini. Berikutan pandemik Covid-19 yang umum diketahui telah memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat Malaysia, pengumuman pengeluaran khas KWSP ini dilaksanakan bagi menampung beban kewangan yang dihadapi rakyat dalam tempoh fasa ‘Peralihan ke Endemik’ sementera ekonomi negara dalam proses pemulihan.

Butiran Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Keluarga Malaysia

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
1 April 2022 30 April 2022
Pautan: pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Permohonan ini boleh dibuat terus melalui online. Semua pencarum adalah layak untuk membuat permohonan pengeluaran khas KWSP bermula 1 April 2022. Jumlah pengeluaran adalah sehingga RM10,000 dan bergantung kepada baki simpanan yang dimiliki pencarum dalam akaun.

Langkah-Langkah Membuat Permohonan Online

  1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG
  2. Isikan nombor MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit.
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan nombor OTP atau soalan keselamatan.
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
  6. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
  7. Tekan TERUSKAN.
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran, dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
  9. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan tandakan / sebelum tekan HANTAR. Selesai.

Info Umum Pengeluaran Khas KWSP

  1. Semua ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  3. Amaun pengeluaran sekurangnya RM50
  4. Meninggalkan baki sekurangnya RM100 dalam akaun 1
  5. Maksimum pengeluaran sehingga RM10,000
  6. Tarikh bayaran akan mula disalurkan pada 20 April 2022
  7. Semakan status permohonan boleh dibuat mulai 9 April 2022

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848

1 Trackback / Pingback

  1. Semakan Kemasukan Duit KWSP RM10000 Mulai 9 April 2022

Comments are closed.