Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500

permohonan pengeluaran i-lestari rm500 covid-19

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan agar penyimpan wang KWSP boleh dikeluarkan melalui akaun 2 dalam simpanan masing-masing. Jaminan kerajaan itu bertujuan untuk meringankan bebean golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Pelaksanaan PKP menyebabkan ramai penduduk terjejas. Oleh sebab itu, kerajaan memberi kelonggaran kepada penyimpan KWSP mengeluarkan wang tunai sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan. Berikut adalah cara permohonan pengeluaran i-Lestari.

Syarat Kelayakan Mengeluar RM500 Dari KWSP

  1. Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap
  2. Mempunyai akaun 2 dalam KWSP
  3. Mempunyai baki simpanan akaun 2 dalam KWSP
  4. Berumur 55 tahun ke bawah
  5. Bukan warganegara Malaysia untuk fasa 2
Tarikh Permohonan Tarikh Bayaran
1 April 2020 Mei 2020

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari RM500 Dari KWSP

1. Secara dalam talian online (e-Pengeluaran melalui i-Akaun)

Panduan Pengeluaran RM500 Secara Online KWSP

2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my

3. Secara pos berdaftar ke alamat di bawah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)


Proses permohonan i-Lestari hanya boleh dibuat sekali sahaja kemudian kemasukan wang dikreditkan secara berkala selama 12 bulan.

Jumlah pengeluaran i-Lestari adalah tertakluk kepada jumlah baki dalam akaun 2 KWSP ahli. Ini bermakna ahli boleh mengeluarkan sehingga maksimum RM500 sebulan sahaja. Pengeluaran juga hanya boleh dibuat dalam tempoh satu tahun atau 12 bulan. Rujukan

BERKAITAN: Senarai Bantuan Covid-19