Permohonan Pendaftaran ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2018

Sukacita dimaklumkan kepada individu warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai minat untuk mendalami kemahiran dalam bidang perindustrian. Permohonan pendaftaran ILKBS bagi sesi kemasukan Januari 2018 kini dibuka.

Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan pelbagai bidang khususnya dalam Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Butiran Tarikh Permohonan Pendaftaran ILKBS

Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
4 Oktober 2017 8 November 2017

Syarat Umum Kelayakan Permohonan ke ILKBS

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 hingga 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5.
  4. Belum berkahwin (bujang)
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (Kecuali pemohon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikuti segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperoleh sijil keterampilan SKM tahap 2/3 atau 2/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  10. Pemohon yang tidak tamat latihan/disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Senarai Bidang, Syarat Khusus dan Tempoh Pengajian ILKBS

Panduan Permohonan Pendaftaran ILKBS 2018

Pemohon dikehendaki mendaftar sebagai pemohon dalam sistem online melalui pautan eKAMPUS yang diberikan di bawah:

Klik Pautan: Daftar Pengguna ILKBS

Setelah pemohon berjaya membuat pendaftaran, pemohon boleh log masuk sebagai pengguna. Kemudian pemohon boleh menisi borang secara online di dalam sistem tersebut.

Pemohon boleh merujuk panduan mendaftar melalui pautan di bawah:

Klik Pautan: Panduan Mendaftar Pengguna dan Isi Borang Permohonan

Sekiranya pemohon menghadapi masalah semasa pendaftaran atau permohonan kemasukan, pemohon boleh menghubungi ke talian berikut:

03 8871 3685/ 03 8871 3646/ 03 8871 3690

 Laman Rasmi ILKBS (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)

Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga (bagi program bertemuduga sahaja). Pemohon yang gagal boleh merayu pada tarikh seperti dalam jadual di bawah

Jadual Rujukan Permohonan Pendaftaran ILKBS Kemasukan Januari 2018

permohonan pendaftaran ilkbs

PAUTAN BERKAITAN:

Permohonan Bantuan Musim Tengkuju BMT