Permohonan Online Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2017

permohonan online kemasukan politeknik

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Politeknik ambilan Jun 2017 kini dibuka. Permohonan Online Kemasukan Politeknik dengan rasminya telah dibuka melalui e-pendaftaran portal rasmi politeknik telah dibuka.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pendaftaran kemasukan ke politeknik bagi pelajar lepasan SPM yang telah mengambil kertas peperiksaan bagi tahun 2016.


Syarat Umum Permohonan ke Politeknik Kemasukan Jun 2017

  1. Pelajar lepasan SPM 2016
  2. Telah mendapatkan slip keputusan SPM
  3. Warganegara Malaysia.

Senarai Bidang Yang Ditawarkan ke Politeknik

  1. Jabatan Kejuruteraan Awam
  2. Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  3. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  4. Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
  5. Jabatan Kejuruteraan Perkapalan
  6. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  7. Jabatan Perdagangan
  8. Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual

Langkah-Langkah Membuat Permohonan Online Kemasukan Politeknik

  1. Semak syarat kelayakan menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menggunakan sistem aplikasi online e-semakan politeknik. Pastikan pemohon mengisi maklumat kad pengenalan terlebih dahulu. Kemudian pemohon boleh mengisi gred keputusan mata pelajaran yang diambil mengikut dalam Slip SPM.
  2. Kenalpasti pilihan program yang sesuai dan layak mengikut keputusan.
  3. Beli Nombor Unik ID melalui mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional. Pembelian No Unik ID boleh dibuat sama ada melalui kaunter bank, mesin ATM atau guru sekolah yang mengambil peranan.
  4. Isi borang atas talian melalui online yang disediakan.
  5. Setelah selesai mengisi permohonan online, pastikan pelajar mencetak Slip Permohonan Kemasukan.
  6. Selanjutnya pemohon hanya perlu mengemaskini maklumat semasa melalui laman www.polteknik.edu.my khususnya tarikh-tarikh penting mengenai politeknik.

Membeli No Unik ID di BSNpermohonan online kemasukan politeknik

Pelajar yang ingin membuat permohonan bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan setaraf diwajibkan untuk membeli No Unik ID daripada BSN.

Pembelian No Unik ID boleh dibuat bermula 16 Febuari 2017 sehingga 30 Mac 2017. Kegagalan pemohon menggunakan No Unik ID dalam proses pendaftaran akan menyebabkan permohonan tidak dapat diterima.

Panduan pembelian No Unik ID daripada BSN boleh dibuat melalui langkah-langkah ini.

  • Beli No Unik ID melalui kaunter di mana-mana cawangan BSN seluruh negara.
  • Beli No Unik ID melalui mesin ATM. Masukkan kad>masukkan kata laluan>pilih Beli Pin>pilih Jenis Permohonan.
  • Beli No Unik ID melalui guru yang ditugaskan membantu murid untuk membeli No Unik ID.

Harga No Unik ID bagi setiap pembelian adalah RM15.60 (tidak termasuk GST)


Iklan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2017