Permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik Kemasukan 2018

permohonan kolej vokasional dan sm teknik

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pelajar Tingkatan 3 yang telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2017, Tarikh dan Semakan Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), atau Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) 2017, anda dipelawa untuk membuat permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik bagi sesi kemasukan Januari 2018.

Butiran Tarikh Permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik 2018

Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
10 Oktober 2017 20 Disember 2017
Pautan: Pemberitahuan Dari Kementerian

Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) merupakan aliran kemahiran yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan taraf kemahiran kepada pelajar yang berminat menceburi kursus seperti ditawarkan. Antara kursus yang ditawarkan adalah;

Kursus Yang Ditawarkan Di Kolej Vokasional

  1. Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Hospitaliti dan Pelancongan
  5. Pengajian dan Perkhidmatan Masyarakat
  6. Perniagaan
  7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  8. Pertanian

Kursus Yang Ditawarkan Di SM Teknik

  1. Kejuruteraan Elektrik
  2. Kejuruteraan Awam
  3. Sains Pertanian
  4. Kejuruteraan Mekanikal
  5. Perdagangan

SYARAT KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK

Terdapat dua (2) aliran yang boleh membuat permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik iaitu Murid Lepasan PBS seperti Aliran Perdana/Akademik/Agama dan Murid Aliran PAV.

Syarat Kelayakan Memohon Bagi Murid Aliran PBS

Syarat Umum

  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM.
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2016 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta PentaksiranPsikometrik (PPsi).
  • Calon sihat tubuh badan.
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripadamelaksanakankerja amali).
  • Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTAWARNA
  • Calon bebas daripadamasalah mental.
  • Calon berminat denganprogram dipohon.

Syarat Khusus

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran BahasaMelayudan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3).
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (PentaksiranSekolah-PS).

Syarat Kelayakan Memohon Bagi Murid Aliran PAV

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2016;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali).
  • Calon bebas daripada masalah mental.
  • Calon berminat dengan program dipohon.
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
Semakan Syarat: Syarat-Syarat Kemasukan KV dan SM Teknik

PANDUAN PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK

Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan aliran murid semasa tingkatan 3 tahun 2017. Permohonan adalah percuma dan tidak perlu membeli nombor pin. Permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik boleh dibuat secara talian online dalam pautan yang diberikan.

Panduan Permohonan Aliran PAV

Klik Pautan Borang Permohonan Online
(FAQ) Soalan Lazim dan Jawapan

Panduan Permohonan Aliran PBS (Perdana/Akademik/Agama)

Klik Pautan Borang Permohonan Online
(FAQ) Soalan Lazim dan Jawapan

Untuk sebarang maklumat lanjut disarankan melayari ke pautan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my atau hubungi alamat Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM di bawah.

Aras 6, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. No.Tel: 03-8000-8000

Info lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa.

10 Comments

  1. salinda binti mokhtar
    at

    Assalammualaikum,
    Saya berminat untuk masuk ke KV dalam masa yg sama sy nk mohon SMT macam mane cari untuk memohon kedua-dua nyer…terima kasih.

    • salinda binti mokhtar
      at

      sy sangat berminat nk apply KV… jika ada apa2 info. boleh email sy tq.

  2. Nur Amal Afiqah binti Ruhazan
    at

    Saya lepasan PT3,saya berminat untuk memasuki KV..sekiranya saya layak,saya ingin mohon di negeri Kelantan…no tel:019-3784690

  3. mcmana nak mohon kolej vokasional ni ya?

  4. saya ingin memasuki kolej vokasional kerana terdapat banyak faedah dan peluang pekerjaan jika sudah habis diploma

  5. Nor ataullah abhar bin noraziz
    at

    Saya nor ataullah abhar bin noraziz ingin memohon kolej vokalsional..saya harap , saya terpilih untuk kolej vokalsional.saya ingin memasuk kolej vokalsional untuk menuntut ilmu bukan bermain ..no telefon : 0169461184

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*