Permohonan Kerja Kosong Kerajaan Melalui SPA9 Online

Permohonan Kerja Kosong

Sukacita dimaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan, permohonan kerja kosong kerajaan dibuka secara online melalui SPA9. Pemohon yang memiliki syarat serta sijil yang diiktiraf disarankan membuat permohonan dan sentiasan mengemaskini maklumat peribadi dari masa ke semasa. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan memproses permohonan online mengikut jadual yang ditetapkan oleh SPA. Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan agar pemohon peka akan urusan SPA.

Sebagai makluman, SPA9 telah dinaiktaraf daripada SPA8 sebelum ini mulai 28 September 2020. Sehubungan dengan itu, semua pemohon wajib mendaftarkan akaun baru di SPA9 agar dapat mengakses sistem tersebut untuk melakukan progres yang seterusnya dalam permohonan. SPA9 kini telah dinaiktaraf dengan menghubungkan agensi tertentu agar terus dapat menjana maklumat pemohon secara automatik seperti lesen kenderaan, kad OKU, status kewarganegaraan, status e-Kasih dan sebagainya.

Cara Membuat Permohonan

Tarikh permohonan SPA9 tidak ditetapkan kerana ia dibuka sepanjang tahun dan pemohon boleh membuat permohonan jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan akademik pemohon. Namun pengambilan hanya akan dibuat apabila iklan kekosongan dikeluarkan.

  1. Layari Portal SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran
  3. Isi semua maklumat diperlukan dan klik ‘Hantar”
  4. Pendaftaran berjaya dan login semula ke SPA9 dengan Klik “Log Masuk”
  5. Sekiranya belum pernah mengisi SPA8i sebelum ini, sila isikan semua maklumat peribadi, maklumat kelayakan akademik, serta maklumat lain yang berkaitan dan klik “Seterusnya”
  6. Tiba di bahagian Jawatan Dipohon, klik pada pilihan “Jawatan Yang Layak Dimohon” dan klik “+tambah”
  7. Setelah itu pastikan klik pada “Pengakuan Pemohon” dan klik petak SETUJU. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik “HANTAR”
  8. Untuk semak status permohonan klik “Permohonan Yang Telah Didaftarkan”
  9. Untuk melihat status permohonan semasa klik ” Status Permohonan Semasa”
  10. Sebagai peringatan, permohonan SPA9 menggunakan sistem One Step Lower iaitu permohonan berdasarkan kelayakan akademik tertinggi dan ke bawah yang dimiliki pemohon.

Cara Membuat Semakan Status Permohonan SPA9

https://spa9.spa.gov.my/login
  1. Login ke Portal SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik ke “Semakan Permohonan”
  3. Paparan permohonan yang telah didaftarkan akan dipaparkan beserta tarikh daftar dan tarikh luput.

BERKAITAN: Permohonan Online Guru KEMAS

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan kerja kosong kerajaan dalam sistem SPA9, boleh menghubungi alamat dan nombor telefon yang tertera di bawah.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000
Faks: +603 8091