Permohonan Kemasukan SBP 2018 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

permohonan kemasukan sbp

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon yang cemerlang dalam akademik untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP). SBP pada sesi pengambilan ini akan membuka pendaftaran untuk kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4. Permohonan Kemasukan SBP 2018 dibuka kepada calon UPSR dan PT3 2017 yang berkelayakan.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sekolah kelolahan KPM yang bertujuan untuk memupuk serta mengembangkan potensi pelajar cemerlang di samping menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, terancang, terkawal dan sempurna.

permohonan kemasukan sbp

Berikut Adalah Butiran Permohonan Kemasukan SBP 2018 Tingkatan 1

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
16 Oktober 2017 19 November 2017
Pautan: Borang Permohonan Online SBP 2018 Tingkatan 1

Syarat Umum Kemasukan SBP Tingkatan 1

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Melepasi syarat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).
  • Memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR. Permohonan boleh dibuat meskipun keputusan belum diumum.

Info Lanjut Mengenai Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Aliran SBP Tingkatan 1 Dan Laman Web Sekolah
Senarai Mata Pelajaran SBP Tingkatan 1

permohonan kemasukan sbp

Berikut Adalah Butiran Permohonan Kemasukan SBP 2018 Tingkatan 4

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
13 November 2017 24 Disember 2017
Pautan: Borang Permohonan Online SBP 2018 Tingkatan 4

Syarat Umum Kemasukan SBP Tingakatn 4

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Memperoleh keputusan cemerlang dalam PT3 atau PBS dengan memperoleh 6A dan sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran yang lain. Permohonan boleh dibuat walaupun keputusan belum diumum.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum

Info Lanjut Mengenai Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Aliran SBP Tingkatan 4 Dan Laman Web Sekolah
Senarai Mata Pelajaran SBP Tingkatan 4

Sebarang info lanjut akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tarikh rasmi dan pautan borang online akan ditampilkan sekiranya telah dikeluarkan melalui KPM. Untuk info lanjut, pemohon boleh melayari ke Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my

Diharap info ini membantu memudahkan pemohon untuk mendaftar ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi kemasukan 2018.

PAUTAN BERKAITAN:

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah UPSR PT3 SPM
Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1
Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4
Semakan Online Keputusan UPSR

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*