Permohonan IPG Secara Online PISMP 2019

semakan keputusan permohonan ipg

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan IPG untuk sesi 2019 kini dibuka untuk pemohon lepasan SPM 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa kepada calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di maktab perguruan seluruh Malaysia. Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online. Bagaimanapun, calon hendaklah mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian.

MENARIK: Tips Mudah Masuk IPG

Butiram Permohonan IPG 2019

Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
19 Mac 2019 25 Mac 2019

Nama Program Yang Ditawarkan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan yang diperlukan dalam sekolah rendah.
  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persedian Ijazah Sarjana Muda (PPISM) selama 12 bulan atau dua semester di IPG berkenaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang lulus PPISM akan mendapat sijil tamat PPISM dan ditawarkan untuk mengikuti PISMP selama empat (4) di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekiranya anda ingin mendapatkan tips mudah agar terpilih memasuki IPG, sila klik link di bawah ini:

Tips Agar Dipilih Memasuki IPG

Syarat Dan Kelayakan Asas Memasuki IPG

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak lebih 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu pemohon yang lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (A+, A & A-) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  6. Lulus Bahasa Inggeris.
  7. Memenuhi syarat Bidang Pengkhususan (Rujuk Jadual di Bawah)
  8. Aktif dalam kokurikulum.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

BAHASA IBAN (SK)Bahasa IbanC
BAHASA CINA (SK)Bahasa CinaA-
BAHASA INGGERIS (SK)Bahasa InggerisA
BAHASA KADAZANDUSUN (SK)Bahasa KadazandusunC
BAHASA MELAYU (SK)Bahasa MelayuA-
BAHASA TAMIL (SK)Bahasa TamilA-
MATEMATIK (SK)MatematikA-
Matematik TambahanA-
mana-mana dua mata pelajaran berikut
SAINS (SK)FizikA-
KimiaA-
BiologiA-
PENDIDIKAN ISLAM (SK)Bahasa ArabB
Pendidikan Al-Quran dan As-sunnahA-
Pendidikan Syariah IslamA-
PENDIDIKAN KHAS (SK)MatematikA-
mana-mana 1 mata pelajaran berikut
FizikA-
KimiaA-
BiologiA-
SainsA-
BAHASA CINA (SJKC)Bahasa CinaA-
BAHASA INGGERIS (SJKC)Bahasa InggerisA
Bahasa CinaC
BAHASA MELAYU (SJKC)Bahasa MelayuA-
Bahasa CinaC
MATEMATIK (SJKC)MatematikA-
Matematik TambahanA-
Bahasa CinaC
SAINS (SJKC)Bahasa Cina C
mana-mana 2 mata pelajaran berikut
KimiaA-
FizikA-
BiologiA-
PENDIDIKAN ISLAM (SJKC)Bahasa ArabB
Pendidikan Al-Quran dan As-SunnahA-
Pendidikan Syariah IslamA-
BAHASA INGGERIS (SJKT)Bahasa InggerisA
Bahasa TamilC
BAHASA MELAYU (SJKT)Bahasa MelayuA-
Bahasa TamilC
BAHASA TAMIL (SJKT)Bahasa TamilA-
Matematik (SJKT)MatematikA-
Matematik TambahanA-
Bahasa TamilC
SAINS (SJKT)Bahasa TamilC
mana-mana 2 matapelajaran berikut
KimiaA-
FizikA-
BiologiA-
PENDIDIKAN ISLAM (SJKT)Bahasa ArabB
Pendidikan Al-Quran dan As-SunnahA-
Pendidikan Syariah IslamA-

Cara Membuat Permohonan

Akses laman web rasmi PISMP untuk membuat permohonan. Ikuti langkah-langkah seperti yang diterangkan di bawah ini.

  1. Sekiranya anda merupakan pemohon kali pertama, buat daftar permohonan baru seperti dalam gambar di atas. Daftar mengikut manual yang disediakan. Pastikan anda mengisi butiran lengkap dan tepat mengikut dokumen anda yang sah. Hasil pendaftaran anda akan dapatkan kata laluan anda untuk kegunaan mengakses dalam laman berkenaan pada masa akan datang.
  2. Sekiranya anda adalah pemohon yang sudah mendaftar, hanya terus akses dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata lauan seperti gambar di bawah.

Sebarang perkembangan dan perubahan maklumat mengenai permohonan online IPG 2018 akan dikemas kini dalam laman ini.

BERKAITAN:

Contoh Soalan Ujian INSAK IPG

Permohonan Pertukaran Guru Online

Permohonan UPU Ambilan 1017/2018

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

Permohonan Matrikulasi KPM 2017/2018

39 Comments

Comments are closed.